VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 29/07/2012

Sentuhan diraja Zara warnai ekuestrian

LONDON - Zara Phillips mengintai peluang untuk mengekalkan tradisi keluarga diraja di Greenwich Park, venue menakjubkan untuk acara Sukan Olimpik yang bermula, semalam.

Phillips yang kali pertama menyertai Olimpik bakal mencuri tumpuan dalam skuad ekuestrian selepas Toytown mengalami kecederaan, kuda yang ditungganginya sewaktu melakar kemenangan pada kejuaraan dunia 2006. Ini bermakna dia terlepas untuk beraksi pada temasya 2004 dan 2008.

Persiapan menghadapi Olimpik menyebabkan pewaris ke-13 takhta Britain itu tidak dapat hadir sambutan ulang tahun Jubli Intan nendanya, Ratu Elizabeth II pada Jun lalu di London.

Sebaliknya Phillips yang berusia 31 tahun, memilih untuk bersaing pada pemilihan di Ireland dalam usaha memastikan tempatnya di Olimpik terjamin.

Pengorbanannya itu terbayar, apabila dia terpilih di samping William Fox-Pitt, Mary King, Nicola Wilson dan Tina Cook.

Bercakap kelmarin di venue yang merupakan tempat permainan kerabat diraja sewaktu zaman pemerintahan Henry VI, Phillips berkata: "Sudah tentu saya kagum dapat berada di sini. Saya amat berbangga berada di venue ini. Ia detik yang menggembirakan dan saya harap kami dapat menjadikan pertandingan ini lebih baik!."

Phillips, yang akan menunggang kuda bernama High Kingdom, menambah: "Pertandingan tahun ini amat sengit, sukar untuk anda membuat ramalan siapa akan menaiki podium.

"Jerman selalu muncul pasukan yang kuat, tetapi bukan mereka sahaja yang perlu dibimbangkan. Harap kami dapat melakar kejutan." - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.