ARKIB : 28/07/2012
Phelps seronok pada Olimpik terakhir
LONDON - Michael Phelps yang bersiar-siar di kawasan Perkampungan Sukan bertembung dengan tiga atlet wanita Rusia yang kesemuanya lebih tinggi daripada perenang itu yang memiliki ketinggian 6 kaki 4 inci (193 cm).
"Geez, saya ingat saya tinggi," katanya sambil ketawa kecil.
Bersedia untuk Olimpik terakhirnya, Phelps kelihatan berseronok pada penyertaannya kali ini berbanding di Athens atau di Beijing, yang mana dia berasa tertekan bagi merealisasikan persembahan terhebat dalam sejarah Olimpik.
"Ini adalah penutup. Sekarang, saya hanya memikirkan berapa banyak 'topping' yang mahu saya letak pada ais krim sundae saya," kata Phelps, kelmarin yang duduk di sebelah jurulatih, Bob Bowman dalam bilik sidang akhbar terbesar di Pusat Media Utama.
Ratusan media memenuhi ruang bilik tersebut, termasuk bintang peluncur Olimpik, Apolo Anton Ohno yang kini berkhidmat untuk NBC dan sempat mengajukan pertanyaan kepada Phelps mengenai bagaimana atlet itu mengendali gangguan yang diterimanya sebagai satu perkara mudah.
Sebenarnya sebaik sahaja Phelps masuk ke bilik sidang akhbar, dia telah mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengambil gambar semua pemberita dan jurukamera yang merenung kembali ke arahnya. Perbuatan Phelps itu merupakan satu detik yang bakal diingati kerana akan mengucapkan selamat tinggal pada Sukan Olimpik yang merupakan penyertaan terakhirnya.
"Di Beijing, kami cuba untuk menguasai semua acara. Kami kini lebih tenang. Kami amat seronok," jelas Phelps.
Bukan kerana dia mempunyai banyak masa santai di London kerana Phelps masih menjadi perenang yang menyertai lebih banyak acara kecuali rakan sepasukan, Missy Franklin: empat acara individu dan tiga acara berganti-ganti.
Satu perkara berbeza berbanding di China, Phelps kali ini diberi peluang untuk bersaing dalam acara renang 200 meter gaya bebas dan dia berpendapat, peluangnya untuk melakar kejayaan lebih baik tanpa program yang berat.
Selain daripada itu, tiada lagi yang mahu dicapainya setelah muncul sebagai Olimpian paling berjaya dalam sejarah Olimpik.
Phelps yang berusia 27 tahun telah pun menjadi atlet pertama memenangi lapan pingat emas dalam satu temasya dan mengumpul 14 pingat emas dalam kariernya yang merupakan satu pencapaian jauh lebih baik daripada orang lain. - AGENSI
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










