ARKIB : 28/07/2012
Pemanah buta Korea pecah rekod dunia
LONDON - Pemanah buta Korea Selatan, Im Dong-hyun memecah rekod dunia 72 anak panah miliknya sendiri dalam acara memanah pusingan ranking dengan pungutan 699 mata di Sukan Olimpik London, semalam.
Dong-hyun dan rakan sepasukannya, Kim Bub-min serta Oh Jin-hyek, turut memecah rekod dunia berpasukan untuk acara 72 anak panah setelah mengutip 2,087 mata di Lord Cricket Ground.
Dong-hyun yang memenangi pingat emas pada temasya 2008 dan 2004, hilang ranking No. 1 dunia kepada pemanah Amerika Syarikat, Brady Ellison pada 2011 tetapi dia berada pada prestasi terbaik menjelang Olimpik London.
Pemanah Korea Selatan itu turut mencatat kemenangan pada pertandingan ujian di Lord's hujung tahun lalu dan dia mengumpul 696 mata ketika melakar rekod dunia di Turki Mei lepas.
Dong-hyun yang mengalami masalah miopia atau rabun jauh yang serius hanya mensasarkan kawasan bulatan berwarna kuning yang berada sejauh 70 meter.
"Ini hanya pusingan pertama, jadi saya tidak mahu terlalu gembira mengenainya," katanya.
Dong-hyun akan bertemu pemanah di ranking ke-64, Emanuele Guidi dari San Marino dalam pusingan pertama. Guidi memungut 110 mata kurang daripada Dong-hyun.
Rakan sepasukan , Dong-hyun, Bub-min turut memecah rekod dunia selepas melakukan panahan sebanyak 698, sementara di tangga ketiga, Jin-hyek menamatkan saingan dengan 690 mata. - REUTERS
Positif dadah: Pelari Jamaica dilarang sertai kejohanan
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Iran, Korea layak ke Piala Dunia tahun depan
Australia iringi Jepun ke Brazil
Brazil ketepi dendam jumpa Mexico
Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern
Koscielny setia bersama Arsenal tolak Barca, Bayern
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Australia layak ke Piala Dunia 2014
Tulisan tangan Fergie dilelong
Nigeria belasah Tahiti 6-1
Balotelli julang Itali
Del Bosque gesa Sepanyol ledak lebih banyak gol
Korea perlu seri untuk layak
Rose juara penuh emosi
Sepanyol kalahkan Uruguay 2-1
Habsyah ketuai kemaraan ke playoff Piala Dunia
Lorenzo juara GP Catalunya
Balotelli bantu Itali atasi Mexico
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











