ARKIB : 24/07/2012
Penantian Els berakhir
LYTHAM, England - Ernie Els menjulang kejuaraan golf Terbuka British untuk menamatkan kemarau kejuaraan kejohanan major selama 10 tahun dengan gaya mengejutkan di Royal Lytham semalam, yang menyaksikan Adam Scott menyerahkan kelebihan empat pukulan pada empat lubang terakhir.
Els menyempurnakan putting dari jarak 15 kaki untuk memperolehi birdie iaitu yang ketiga dalam empat hari pada lubang terakhir.
Nasib berbeza menimpa Scott apabila dia ditimpa malang dengan mencatat bogey untuk kesemua empat lubang terakhir.
Kejatuhan Scott itu mengimbau memori pahit pemain idolanya, Greg Norman yang turut mengalami nasib serupa sehingga mengakibatkan legenda Australia itu terlepas gelaran Masters pada 1996.
"Saya sungguh kecewa. Kejuaraan sepatutnya sudah saya genggam erat ketika saingan berbaki empat lubang. Saya bermain dengan begitu cemerlang untuk sepanjang empat hari saingan dan tidak sepatutnya membiarkan ia berkesudahan seperti ini," kata Scott.
Els menakluki kejuaraan major keempat karier selepas pernah mengecapinya pada Terbuka Amerika Syarikat pada 1994 dan 1997 serta Terbuka British 2002.
Ketika itu dia juga berdepan kesukaran seperti tiupan angin kuat dan masalah bunker sebelum menjulang Claret Jug.
"Kini tiba giliran saya (muncul juara) untuk sebab tertentu. Ramai tidak menyangka saya mampu menambah satu lagi gelaran. Saya mula mempercayainya mulai tahun ini," katanya.
Pemain Afrika Selatan berusia 42 tahun itu yang dilanda kemarau kejuaraan major selepas 36 penampilan sejak kemenangan pada 2002 di Muirfield, melakukan 68 pukulan untuk menamatkan saingan 72 lubang keseluruhan dengan 273 pukulan tujuh di bawah par untuk menewaskan Scott yang dikecewakan dengan 75 pukulan, dengan satu strok.
Tiger Woods, juara 14 kejohanan major yang memulakan hari terakhir dengan potensi meraih angka ke-15, di tempat ketiga dengan catatan 277, berkongsi kedudukan dengan rakan senegara, Brandt Snedeker.
Pemain harapan tuan rumah, Luke Donald dan jaguh Ireland Utara, Graeme McDowell di tangga kelima, dengan 278. - AFP
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










