ARKIB : 23/07/2012
Agbonlahor tetap salam Terry
LONDON - Gabriel Agbonlahor menegaskan dia akan tetap berjabat tangan dengan John Terry, meskipun mendapat permintaan daripada pemain-pemain kulit hitam agar tidak mengendahkan huluran salam kapten Chelsea itu.
Terry didapati tidak bersalah oleh mahkamah di atas dakwaan bersikap perkauman terhadap pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand dalam perbicaraan, sembilan hari lalu.
Penyerang Aston Villa, Agbonlahor yang pernah terbabit dalam pertelingkahan perkauman dengan Joey Barton pada 2008 berkata: "Pemain seperti saya perlu menunjukkan contoh yang baik untuk kanak-kanak. Jika kita enggan berjabat tangan dengan seseorang, apabila mereka melihat, ia akan menjadi ikutan.
"Mereka mungkin berfikir tidak mengapa berbuat demikian kerana mereka telah menyaksikan kita melakukan perkara yang sama di televisyen.
"Ramai kanak-kanak yang gemarkan bola sepak dan menyaksikan kita bermain sepanjang masa, sebab itulah, kita perlu menjadi model yang baik. Ia lebih penting daripada menjaringkan gol ke atas lawan."
Agbonlahor enggan menyokong desakan agar mengabaikan sahaja kempen Fair Play oleh Persatuan Bola Sepak (FA) setelah disifatkan ia sebagai satu sandiwara.
Dia menegaskan, anak-anak muda perlu ditunjukkan semangat kesukanan selepas kes perkauman berprofil tinggi membabitkan Terry dan penyerang Liverpool, Luis Suarez.
Di sebalik desakan agar tidak menghiraukan huluran salam Terry, Agbonlahor berkata: "Saya tidak fikir mereka semua akan berbuat demikian. Apabila berjuta mata yang memandang, anda perlu menunjukkan sikap profesional."
Agbonlahor terbabit dalam pergaduhan dengan Barton mengenai isu perkauman pada November 2008.
Barton, yang mewakili Newcastle ketika itu menunjukkan isyarat jari di bibir Agbonlahor dengan cara yang provokatif. Tetapi, tidak seperti pertahanan QPR, Ferdinand, penyerang itu tidak membawa isu tersebut ke tengah. - Agensi
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










