ARKIB : 23/07/2012
Gaji Van Persie cecah RM49.8 juta
LONDON - Pasukan yang berniat mendapatkan khidmat Robin Van Persie perlu menawarkan bintang Arsenal itu gaji lumayan mencecah 10.1 juta pound (RM49.8 juta) setahun termasuk bonus.
Ejen kepada penyerang Belanda itu, Kees Vos telah bersemuka dengan juara Serie A, Juventus dan mendedahkan Van Persie meminta gaji bersih 195,000 pound (RM961,000) seminggu.
Sekiranya menjadi kenyataan, maka Van Persie bakal tergolong sebagai salah seorang pemain bergaji termahal di dunia.
Meskipun Juventus pada awalnya terkejut dengan permintaan tersebut dan menilai semula niat mereka itu, namun gergasi bola sepak Itali itu kini kembali memburu tandatangannya.
Dan memandangkan dua seteru utama Manhester, United dan City turut berhasrat merebut khidmat pemain yang sama, nampaknya hajat kapten Gunners terbabit meraih gaji selumayan itu pada penghujung kariernya, berkemungkinan besar menjadi kenyataan.
Van Persie yang memiliki baki setahun kontrak bersama Arsenal, telah menolak tawaran baru bernilai 130,000 pound seminggu untuk kekal di Emirates.
Sama ada United mahu pun City pastinya tidak akan terperanjat dengan permintaan besar penyerang berusia 28 tahun itu.
City membayar Yaya Toure 225,000 pound (RM1.1 juta) seminggu, manakala Wayne Rooney pula menikmati gaji sebanyak 200,000 pound (RM984,000) seminggu di Old Trafford.
Van Persie diketepikan daripada skuad Arsenal yang beraksi dalam jelajah pra-musim di Asia, bermula dengan aksi pertama menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. - AGENSI
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Ancelotti mahu ke Madrid
Sang-Moon raih gelaran golf Jelajah AS
Milan lengkapkan kuota ke Liga Juara-Juara
Pedrosa takluk Le Mans, dahului senarai dunia
Nadal, Serena julang trofi Rome Masters
Arsenal raih slot terakhir ke Liga Juara-Juara
Ancelotti angkat kaki, hangatkan spekulasi ke Real
Arsenal hampakan Tottenham
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










