VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 23/07/2012

Perkampungan Sukan himpun atlet pelbagai status

LONDON - Dari pemain bola sepak yang kaya-raya sehingga ke atlet gimnastik yang tidak berduit dan pasangan suami isteri Australia yang dilarang untuk tidur bersama.

Selamat datang ke Perkampungan Sukan Olimpik London, kompleks yang dilengkapi 11 buah blok mengandungi 2,818 pangsapuri yang disifatkan penganjur bertaraf pingat emas.

Setiap malam, para atlet akan pulang ke kediaman masing-masing membawa bersama kekecewaan atau kejayaan, sama ada menangis di bahu teman senegara atau mengadakan parti kemenangan.

Walaupun Perkampungan Sukan merupakan suasana kehidupan sederhana yang biasa dilalui oleh mana-mana atlet, namun, ia merupakan satu pengalaman baru bagi skuad bola sepak Great Britain.

Pemain tengah Liverpool, Craig Bellamy yang sudah terbiasa dengan layanan hotel lima bintang mengakui, ia merupakan satu senario pembuka mata.

"Semuanya baru kepada kami, banyak beza. Anda akan makan bersama atlet lain, tetapi ia merupakan satu pengalaman," katanya.

Bellamy yang mengakui, pemain bola sepak terkemuka biasanya akan cuba menjauhkan diri daripada bergaul dengan orang lain, menambah: "Kami perlu menerimanya dengan hati yang terbuka."

Penembak Australia, Russell Mark, 48, pula sebaik tiba di Perkampungan Sukan, dimaklumkan yang dia tidak dibenarkan berkongsi bilik dengan isterinya, Lauryn yang juga berada dalam pasukan menembak Australia.

Atlet veteran itu, yang bertanding untuk Olimpik keenamnya berkata, pegawai Australia menguatkuasakan larangan tersebut setelah berang terhadap Lauryn yang bergambar dalam sebuah majalah lelaki dengan memakai bikini berwarna hijau dan emas sambil memegang senapang patah.

Mark berkata, dia dan isterinya dihukum kerana menjadi pasangan yang telah berkahwin. "Perkara paling bodoh di sini ialah pasangan homoseksual dalam pasukan Olimpik boleh duduk sebilik, jadi kami telah menjadi mangsa diskriminasi kerana kami merupakan pasangan heterosexual," katanya.

Ketika pemain bola sepak bersedia untuk tinggal dalam Perkampungan Sukan, keadaan berbeza pula dialami barisan jutawan skuad bola keranjang Amerika Syarikat.

Kobe Bryant dan rakan-rakan sepasukannya akan menetap di sebuah hotel di London.

Ini bermakna mereka akan terlepas peluang untuk menikmati sajian luar biasa yang disediakan di Perkampungan Sukan dan suasana sebenar Sukan Olimpik. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.