ARKIB : 23/07/2012
Marial, pelari tanpa negara
LONDON - Guor Marial menjadi atlet paling gembira semalam apabila dibenarkan bertanding pada Sukan Olimpik London, biarpun terpaksa beraksi di bawah bendera Olimpik.
Marial, yang bakal beraksi dalam acara maraton pada 12 Ogos depan amat berbangga kerana menjadi atlet pertama yang mewakili Sudan Selatan pada temasya sukan terbesar di dunia itu.
Pelari berusia 27 tahun itu berhijrah ke Amerika Syarikat, 12 tahun lalu. Memandangkan Sudan Selatan baru diberikan kemerdekaan pada 2011 selepas berdekad terlibat dalam perang saudara, negara itu belum menubuhkan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, sekali gus tidak dibenarkan menghantar kontinjen ke Temasya London.
Marial tidak memegang kerakyatan Amerika Syarikat dan menolak untuk mewakili Sudan, namun semalam, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan dia dibenarkan berlari dalam acara maraton sebagai peserta bebas.
"Ia merupakan detik yang cukup emosi buat saya dan yang paling penting, peluang ini juga akan memberi harapan kepada kanak-kanak di tempat asal saya.
"Ia memberi makna yang sangat besar.. bagi diri saya sendiri, ia membawa erti penghormatan kepada mereka yang telah terkorban demi mendapatkan kemerdekaan.
"Antara yang terkorban, termasuklah 28 anggota keluarga saya serta saudara mara, bayangkan bila anda gabungkan jumlah yang besar itu. Semangat mereka merupakan kekuatan utama saya, malah mereka sentiasa bersama saya setiap kali berlatih dan bertanding,'' kata Marial kepada agensi berita Reuters di Arizona semalam, sejurus menerima berita tersebut.
Marial mencatat masa lebih pantas daripada kelayakan Olimpik, Oktober lalu. Dia memperbaiki catatan masa peribadi terbaiknya di San Diego, California pada Jun lalu dengan kepantasan dua jam, 12 minit 55 saat.
Catatan masa yang dilakukan membuktikan, dia bukan sekadar mahu menjadi pelengkap kepada acara maraton Olimpik, malah prospek untuk membawa pulang pingat.
"Memiliki seorang wakil di Sukan Olimpik selepas setahun merdeka akan meletakkan negara kami di peta dunia. Ia detik yang sangat menakjubkan.
"Begitupun, saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri. Tidak kisahlah baju apa yang akan saya gunakan untuk berlari nanti, yang penting saya menikmati perlumbaan. Saya akan ke Olimpik dengan fikiran yang terbuka,'' katanya.
Ada tiga atlet dari bekas negara Netherlands Antilles akan turut bertanding di bawah bendera Olimpik pada Temasya London. - REUTERS
Tenis: Djokovic tumbang, Sharapova tarik diri
Atletico julang Piala Raja Sepanyol
FA mahu Beckham kekal
Jodoh Lampard masih panjang
Mourinho gagal hadir sidang akhbar
Nadal nyaris tumbang, Serena ke suku akhir Terbuka Rome
Vieira dinamakan dalam barisan jurulatih Manchester City
Tenis Terbuka Rome: Sharapova garang ke suku akhir
Beckham umum persaraan dengan gelaran liga 4 negara
Ivanovic wira Chelsea
Benitez disanjung
Beckham umum bersara
Playoff Chelsea, Arsenal ke Liga Juara-Juara?
Jangan ubah gaya Barca - Messi
Beckham umum persaraan
Tenis Terbuka Itali: Murray tarik diri, Nadal, Sharapova garang
Chelsea tumbangkan Benfica untuk muncul juara Liga Europa
Wigan tersingkir selepas 8 musim
'Hidup baru' tanpa Mancini
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










