ARKIB : 22/07/2012
Hammam mahu bersara
KUALA LUMPUR - Mohamed bin Hammam bekas calon Presiden FIFA yang menang kes penggantungan seumur hidup di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkata, dia mahu bersara dari bola sepak.
Hammam, 63, yang dituduh menawarkan rasuah untuk membeli delegasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) supaya mengundinya bagi mencabar kerusi Presiden yang disandang Sepp Blatter tahun lalu berkata, dia mahu bersara kerana 'cemburu' dengan sukan itu.
"Hajat saya ialah untuk benar-benar berhenti dan bersara.
"Secara jujur, apa yang saya benar-benar mahukan? Bersara? Menang benar saya berkhidmat lama dalam bola sepak lebih daripada 42 tahun.
"Tahun lalu ia merupakan tempoh yang buruk, wajah-wajah sukan yang sangat buruk dalam bola sepak, tahukah anda ia adalah cemburu.
"Saya mahu meninggalkan sukan ini," katanya dalam temu bual semalam.
Hammam memenangi kes hukuman penggantungan seumur hidup dari sukan bola sepak di CAS di Geneva minggu ini.
Bagaimanapun, panel CAS tidak yakin Hammam tidak bersalah dalam kes rasuah.
"Nmaun CAS terpaksa memansuhkan hukuman tersebut kerana siasatan FIFA gagal menyediakan bukti yang kukuh.
Meskipun memenangi kes tersebut, usaha Hammam untuk membersihkan namanya masih belum berakhir. Hammam menghadapi satu lagi dakwaan rasuah oleh AFC yang mendakwa pengurusan kewangan presiden telah didedahkan di dalam akaun audit forensik badan induk itu. - Agensi
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










