ARKIB : 22/07/2012
Perang 3 kelab
LONDON - Robin van Persie kini terperangkap dalam ‘perang’ membida khidmatnya oleh dua kelab terkemuka England, Manchester United, Manchester City serta juara Itali, Juventus.
City menawarkan Arsenal sekitar 15 juta pound (RM74j) kelmarin dan bos United Alex Ferguson juga mengesahkan bidaan, difahamkan bernilai kira-kira 13 juta pound (RM70j).
Juventus juga berusaha mendapatkan Persie dan berkata mereka akan membayar 8 juta pound (RM39j) untuk ketua pasukan Arsenal itu.
Jumlah ketiga-tiga tawaran tersebut masih jauh daripada yang dikehendaki Gunners iaitu sekurang-kurangnya 20 juta pound (RM98j) untuk khidmat penyerang mereka.
Van Persie masih mempunyai kontrak setahun dengan Arsenal dan awal bulan lalu mengumumkan dia enggan menyambung kontrak terbaru.
Arsenal menolak tawaran United yang mahukan Van Persie yang menjaringkan 37 gol pada musim lalu.
“Arsenal mendedahkan maklumat bahawa kami membida Van Persie.
“Kami mahu memastikan urusan ini tidak diketahui sehingga perjanjian dapat dimeterai, tiada gunanya bercakap sesuatu yang belum pasti terjadi.
“Terdapat kelab lain yang berminat terhadap Van Persie. Kami juga menunjukkan minat dan itulah situasi sebenarnya sekarang, " kata Ferguson.
Jika kehilangan Van Persie, ia mengulangi insiden kehilangan Cesc Fabregas dan Samir Nasri yang memilih berhijrah ke Barcelona serta Manchester City pada musim lalu walaupun Wenger sebelum itu berulang kali menyatakan pendirian mahu mengekalkan semua pemainnya. - AFP
Nicol, Massaro tentukan juara Terbuka Britain
Mercedes Petronas kuasai petak 1-2
Nicol, Massaro tentukan juara Terbuka Britain
Havelange dapat penghargaan Platini
Neymar ke Barcelona atau Real
Gary Bowyer kekal pengurus Blackburn Rovers
Nadal, Djokovic diramal bertembung separuh akhir Terbuka Perancis
Dua jurulatih tinggalkan Man. United
Mazzarri ganti Stramaccioni jurulatih Inter Milan
Bayern, Dortmund langsai dendam
Golf BMW: Kingston dahului hari pertama
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










