VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 28/11/2013

Bina badan mahu lakar kejutan

Sazali Samad menunjukkan pingat dan trofi yang dimenanginya ketika menjadi juara Kejohanan Dunia di Budapes, Hungary baru-baru ini pada sesi wawancara di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR - Meskipun meraih kegemilangan dalam Kejohanan Bina Badan Dunia yang berlangsung di Budaors, Hungary, 15 November lalu, namun skuad bina badan negara tidak menaruh harapan terlalu tinggi dengan mensasarkan satu emas, satu perak dan satu gangsa dalam Sukan SEA Myanmar bulan depan.

Pengurus skuad bina badan, Abdul Halim Budin berkata, sasaran itu diletakkan kerana tidak mahu terlalu yakin dan mahu memberi kejutan kepada negara melalui pencapaian skuad bina negara kini semakin cemerlang.

Jelasnya, berbekalkan pencapaian sedia ada, beliau mengakui skuadnya kali ini antara yang terbaik.

"Pasukan kita kali ini sangat mantap, dengan ada di antaranya telah meraih pingat emas dalam Kejohanan Bina Badan Dunia tempoh hari.

"Malah, ia merupakan satu pencapaian dan rekod terbaik buat Malaysia.

"Justeru, menerusi rekod kejohanan itu, ditambah pula dengan atlet bina badan, Sazali Samad sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam perbarisan pembukaan Sukan SEA nanti, saya pasti mereka mendapat suntikan semangat yang tinggi," ujar Abdul Halim ketika ditemui selepas mesyuarat penyelarasan terakhir dengan Majlis Olimpik Malaysia, kelmarin.

Sementara itu, Sazali Abd. Samad merangkap Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Sub Inspektor ketika ditemui semalam, meletakkan sasaran pingat emas dalam kategori 70 kilogram meskipun terpaksa berhadapan dengan pencabar terdekatnya dari Vietnam.

"Bagi saya, mahu menang itu sukar kerana ada pencabar-pencabar terdekat, tetapi saya tetap sasarkan emas.

"Sebab saya telah bersedia untuk menghadapi cabaran itu, berbekalkan latihan, pengalaman dan formula sedia ada.

"Sistem yang saya gunakan selama ini, menerusi formula yang saya belajar di Amerika Syarikat pada tahun 2006 akan terus dimanfaatkan," kata Sazali yang merupakan Mr. Universe buat kali kesembilan.

Kali pertama Sazali meraih gelaran Mr. Universe adalah pada 1996 di New Delhi, India dan mengekalkan kecemerlangan yang sama pada 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010 dan 2012.

Dalam masa sama, Sazali yang melahirkan rasa bertuah tidak mahu terlepas pandang dengan mengabaikan kesihatan, latihan dan juga pemakanan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.