VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 02/08/2013

Atlet contoh, tiada masalah disiplin

PETALING JAYA - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong menyifatkan mendiang Chua Boon Huat sebagai atlet yang tidak pernah menimbulkan masalah disiplin dalam pasukan, sentiasa berkeadaan cergas, memiliki penampilan antarabangsa terbanyak dan menjadi atlet contoh dalam sukan hoki negara.

Katanya, kehilangan besar pemain serba boleh kelahiran Melaka ini pasti terasa bukan sahaja kepada arena hoki bahkan dunia sukan tanah air apatah lagi ketika Malaysia dalam persediaan untuk menjadi tuan rumah Piala Asia di Ipoh mulai 24 Ogos ini sekali gus memburu tiket Piala Dunia, tahun depan.

"Sudah tentu kehilangan beliau mengejutkan seluruh arena sukan tanah air. Pada usia 33 tahun, dia masih menjadi anggota penting pasukan kebangsaan malah selama penglibatannya beliau tidak pernah menimbulkan masalah disiplin kepada pasukan.

"Sebaliknya selain mengekalkan tahap permainan dan kecergasan, dia sentiasa berikan yang terbaik dalam latihan dan pertandingan. Dia juga antara pemain paling cergas dalam pasukan kebangsaan setiap kali melalui ujian kecergasan," katanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini, semalam.

Katanya, keluarga mendiang Boon Huat, bakal menerima pampasan sebanyak RM102,000 di bawah skim insurans berkelompok MSN buat semua atlet negara.

Rakan sepasukan negara, Shahrun Nabil Abdullah pula tidak menyangka dia yang duduk semeja dengan mendiang pada majlis insentif kecemerlangan kelmarin, bakal kehilangan bintang paling berharga dalam sukan hoki Malaysia buat selama-lamanya akibat nahas jalan raya, awal pagi semalam.

"Saya sedih sebab semalam (kelmarin) kami baru berjumpa dalam majlis itu dan berbuka puasa dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Presiden Konfederasi Hoki Malaysia) dan sekarang kehilangan bintang berharga dalam sukan hoki Malaysia.

"Dia seorang yang mesra dengan sesiapa pun dan disenangi ramai sebab itu, boleh bertahan lama dalam pasukan Malaysia. Saya mula bermain sepasukan dengannya (dalam Ernst & Young) ketika berusia 18 tahun jadi cukup kenal hati budinya. Dia selalu membimbing pemain remaja.

"Kami duduk semeja (kelmarin) dan bersembang macam biasa tetapi tidak sangka langsung itulah kata-kata kali terakhirnya. Ketika ini sukar saya hendak cakap mengenai persediaan ke Piala Asia kami sebab kami seluruh pasukan masih sedih dan terkejut dengan pemergiannya," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.