VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 19/05/2013

Piala Sudirman: Taiwan aibkan Malaysia di Bukit Jalil

AKSI Sonia Cheah ketika pemain dari Taiwan, Tai Tzu Ying dalam saingan Piala Sudirman di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur malam ini. Sonia tewas 7-21, 13-21. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 19 Mei - Malaysia memulakan kempen badminton Piala Sudirman dengan langkah sumbang selepas diaibkan 3-2 oleh pasukan bukan pilihan, Taiwan dalam aksi sulung Kumpulan C di Stadium Putra, Bukit Jalil hari ini.

Kekalahan mengejut pasangan No. 3 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjadi pembuka jalan kepada kekalahan pasukan negara, yang turun dengan status sebagai pilihan ketiga serta calon untuk melangkah ke separuh akhir.

Kien Keat-Boon Heong tunduk 18-21, 18-21 kepada beregu No. 22 dunia, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin, sebelum Sonia Cheah menjadikan kedudukan 0-2 buat Malaysia apabila tewas mudah 7-21, 13-21 kepada Tai Tzu Ying dalam perseorangan wanita.

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menghidupkan harapan Malaysia dengan merapatkan kedudukan 2-1 selepas menumpaskan Yang Chih Hsun 21-8, 21-13 tetapi kekalahan 17-21, 19-21 beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei kepada Cheng Wen Hsing-Hsieh Pei Chen gagal menyelamatkan Malaysia.

Beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengutip mata saguhati pasukan negara selepas dipaksa berhempas pulas menumpaskan Lu Ching Yao-Lai Chia Wen 25-23, 21-11.

Malaysia masih mempunyai harapan untuk mara ke suku akhir jika menewaskan Jerman dalam aksi terakhir Kumpulan C, Selasa ini. - UTUSAN ONLINE

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.