VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 13/03/2013

Piala AFC: Kelantan menang 3-1 di Yangon

KUALA LUMPUR 13 Mac - Penyerang dari Australia, Dimitrios Petratos membantu Kelantan kembali ke dalam persaingan Piala AFC apabila menjaringkan dua gol untuk pasukannya menang 3-1 ke atas juara Myanmar, Ayeyawady United di Yangon malam ini.

Ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi meletakkan pasukan pelawat di depan hanya dua minit perlawanan bermula di Youth Training Centre sebelum Petratos mengukuhkan kedudukan pada awal babak kedua.

Pemain tengah dari Slovenia, Dominik Bersnjak merapatkan kedudukan ketika pertemuan berbaki 11 minit tetapi bekas pemain Sydney FC, Petratos menjaringkan gol keduanya seminit kemudian.

Ini merupakan kemenangan pertama skuad Red Warriors dalam Kumpulan G selepas hanya seri 1-1 dengan wakil Maldives, Maziya pada perlawanan pembukaan mereka minggu lepas.

Kemenangan itu sekali gus melunaskan dendam kekalahan 3-1 Red Warriors kepada Ayeyawady dalam kejohanan ini di gelanggang yang sama tahun lalu.

Kejayaan itu meletakkan Kelantan, juara tiga piala tempatan musim lalu, di tempat kedua Kumpulan G.

Mereka berada dua mata di belakang SHB Da Nang, yang menewaskan Maziya 3-2 dalam satu lagi perlawanan. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.