VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 26/02/2013

Piala FA: Terengganu, Negeri Sembilan ke suku akhir

PEMAIN Negeri Sembilan, Shahurain Samah (No.9) cuba merebut bola dari kaki pemain Pos Malaysia, Sunarai Raffi Sariman ketika pertemuan pusingan kedua Piala FA di Stadium Selayang, Selangor hari ini. Negeri Sembilan menang 2-0. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Hajat besar Pulau Pinang untuk mencipta kejutan ke atas jaguh pantai Timur, Terengganu tidak kesampaian apabila anak-anak buah E. Elavarasan ternyata terlalu kuat dengan kemenangan 3-0 di Stadium Bandaraya petang ini.

Pemain kebangsaan, Ashari Samsudin meletakkan skuad pelawat di hadapan dengan jaringan pada minit ke-2 lagi selepas menerima umpanan G. Puaneswaran sebelum menolak mudah di hadapan gawang Pulau Pinang yang ternganga luas.

Walaupun daripada segi corak permainan Pulau Pinang dapat mengimbangi Terengganu, Ashari membuktikan sentuhan penyudahnya semakin berbisa dengan jaringan menarik pada minit ke-59 melalui hantaran lintang Khairul Ramadhan Zauwawi.

Khairul Ramadhan melengkapkan kemenangan 3-0 Terengganu melalui larian secara solo dari sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan kencang ke sebelah kanan yang tidak mampu dijangkau oleh penjaga gol tuan rumah, Mohd. Solehin Mohd Rodzi.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Negeri Sembilan mengesahkan yang mereka bakal menjadi lawan Terengganu di peringkat suku akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Pos Malaysia melalui jaringan Fauzi Nan pada minit ke-25 dan minit ke-43 oleh Rashid Mahmud.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team dikecewakan finalis musim lalu, Sime Darby 0-1.

Tambah memeritkan, gol kemenangan pelawat adalah hasil jaringan sendiri pemain pertahanan tuan rumah yang juga bekas kapten skuad Penyu, Mazuki Yusof.

Lapan pasukan lagi bertarung malam ini untuk merebut baki tempat ke suku akhir iaitu Kelantan yang bertemu PKNS di Kota Bharu, Sarawak-PBAPP FC di Kuching, Kedah dan Johor Darul Takzim di Alor Setar serta pertemuan Pahang menentang Angkatan Tentera Malaysia di Kuantan. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.