VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 08/02/2013

Chelsea datang lagi ke Malaysia 21 Julai

LONDON - Juara Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, Chelsea bakal mengadakan kunjungan pra-musim ke Asia Tenggara termasuk menguji pasukan Pilihan Malaysia Julai ini.

Kelab tersebut mengesahkan kedatangan mereka semalam dan bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara serantau lain seperti Thailand dan Indonesia.

Kali terakhir Chelsea mengadakan kunjungan ke Asia ialah musim lalu, disusuli kejayaan kelab London itu meraih kejuaraan Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Mereka akan bertemu pasukan Pilihan Malaysia pada 21 Julai depan di Stadium Shah Alam, empat hari selepas mengadakan pertemuan dengan Pilihan Thailand bagi saingan Piala Singha di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok.

Pasukan bimbingan Rafael Benitez itu akan ke Indonesia buat kali pertama akan berjunjung ke Indonesia pada 25 Julai dan akan menentang Pilihan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Kali terakhir Chelsea menentang pasukan Pilihan Malaysia ialah pada 2011 yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee tewas tipis 0-1 hasil jaringan Didier Drogba.

The Blues juga pernah bertemu pasukan Pilihan Malaysia 2008 di Stadium Shah Alam, di mana keputusan berpihak kepada pasukan pelawat 2-0.

"Ia sangat menakjubkan dapat kembali semula ke Asia di mana menjanjikan perlawanan pra-musim yang cemerlang.

"Asia Tenggara merupakan tempat yang menyaksikan peningkatan bilangan penyokong Chelsea dan kami berbesar hati dapat datang lagi untuk merasai pengalaman berserta sambutan luar biasa.

"Kami juga begitu teruja dapat berkunjung ke Indonesia buat kali pertama, negara yang mempunyai ramai penyokong The Blues, ia membuatkan kami tidak sabar untuk beraksi di sana," kata Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.