VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 04/02/2013

Nasihat Sharon Wee buat Nazmi

KUALA LUMPUR - Keputusan bintang bola sepak remaja negara, Nazmi Faiz Mansor meninggalkan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira- Mar secara tiba-tiba turut mengejutkan bekas pemain skuasy negara, Sharon Wee (gambar).

Sharon yang kini bertugas sebagai pengulas sukan di Astro Arena 801, meluahkan pandangannya menerusi coretan surat untuk Nazmi Faiz di laman web www.arena.my.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa kaitan Sharon dengan kemelut yang melanda Nazmi?

Memang ada hubung kaitnya kerana Sharon merupakan bekas atlet Malaysia yang pernah berkelana di Belanda dan kemudiannya di Belgium semata-mata hendak mengembang kariernya dalam sukan skuasy di peringkat antarabangsa.

Melalui laman web tersebut, Sharon melahirkan rasa terkejutnya kerana tidak sampai setahun bersama SC Beira Mar, Nazmi telah mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air.

Dalam surat untuk Nazmi itu, Sharon berkata: "Tak sampai setahun di SC Beira Mar, kenapa balik terlalu awal? Peluang ini tak datang selalu dan mungkin sekali sahaja dalam karier anda.

"Atlet Malaysia bila berkampung terlalu lama di luar negara selalunya nak balik awal sebab rindukan keluarga, kawan, kawan istimewa, masakan Malaysia, perbezaan cuaca dan bahasa. Nazmi pun sama ke? Saya sebenarnya pernah mengharungi apa yang anda alami.

"Sebagai bekas pemain skuasy profesional negara, saya berpangkalan di Amsterdam, Belanda pada 2002 selama 3 tahun. Selepas itu di Antwerp, Belgium hinggalah tahun 2010.

"Saya setuju dengan Nazmi, pada mulanya memang sukar untuk menyesuaikan diri tambahan lagi program latihan yang cukup agresif dan kompetitif. Namun, saya bertekad dan bersedia untuk melepaskan segala keselesaan hidup di Malaysia dengan misi menjadi pemain skuasy terbaik di dunia.

"Saya berjaya keluar dari kepompong dan menewaskan para pemain Eropah yang dahulunya saya lihat mustahil. Misi berada di kedudukan 20 terbaik di dunia juga tercapai."

Malah, dalam surat itu, Sharon juga mengakui sepanjang berada di rantau orang sesiapa sahaja tidak dapat menyembunyikan perasaan rindu kepada masakan ibu, selain teringin untuk melepak di kedai mamak bersama teman-teman dan bertutur dalam bahasa sendiri.

Namun, Sharon ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam memberitahu, semua perasaan itu perlu dibuang jauh-jauh dan menggantikannya dengan semangat yang kuat untuk mencipta kejayaan di rantau orang.

"Peluang telah terhidang di depan mata, tetapi Nazmi gagal memanfaatkan peluang tersebut. Saya faham dia masih muda, baru berusia 19 tahun, tetapi untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya dia perlu melakukan pengorbanan besar.

"Selain saya, ramai atlet Malaysia yang telah membuktikan mereka berjaya merempuh halangan itu antaranya (Datuk) Nicol, Azizulhasni dan Josiah. Jadi, Nazmi sepatutnya mampu berbuat demikian," katanya.

Sharon turut menitipkan nasihat kepada pemain remaja itu, katanya, halangan paling besar yang perlu diatasi Nazmi ialah ketahanan mental, selain persediaan menguasai bahasa asing, belajar menyesuaikan diri dengan pemakanan di Eropah dan yang paling utama jauhkan diri daripada kontroversi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.