VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 15/01/2013

Badminton Terbuka Malaysia: Ramdan gagal terus kemaraan

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Hasrat juara kebangsaan, Misbun Ramdan Misbun untuk mencipta impak dalam penampilan pertamanya pada kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain muda China, Chen Yuekun pada saingan kelayakan di Stadium Putra, Bukit Jalil sebentar tadi.

Turun dengan diawasi jurulatih Nusa Mahsuri, Rahman Sidek, Ramdan, pemain No. 86 dunia tunduk 15-21, 16-21 kepada pemain No. 52 dunia itu hanya dalam masa 26 minit.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut buat anak jurulatih legenda, Datuk Misbun Sidek itu selepas tewas pada Grand Prix Terbuka Thailand, tahun lalu.

“Saya memang tidak meletakkan harapan tinggi untuk ke pusingan pertama kerana saya pernah kalah kepada pemain ini tahun lalu, standard dia lebih baik daripada saya," kata Ramdan.

KEPUTUSAN (Pusingan Kelayakan pemain Malaysia)

Perseorangan lelaki: Chen Yuekun (Chn) kln MISBUN RAMDAN MISBUN 21-15, 21-16

Beregu lelaki: KOK ZHENG YI-KONG KEAT ZHEN kln S. Sanjeeth-Jagadish Yadav (Ind) 21-16, 14-21, 22-20; MOHD. LUFTI ZAIM ABDUL KHALID-TEO KOK SIANG kln Philip Joper Escueta-Magnaye Peter Gabriel (Phi) 22-20, 21-10; MOHD.RAZIF ABDUL LATIF-VOUNTUS INDRA MAWAN kln Terry Yeo-Yi Liu (Sin) 21-17, 21-12

Perseorangan wanita: Xuan Deng (Chn) kln SANNATASAH SANIRU 21-11, 21-17; Xao Xue (Chn) kln YANG LI LIAN 21-17, 19-21, 21-19; Yu Sun (Chn) kln TEW JIA JIA 21-4, 21-12; LEE YING YING kln Claudia Vogelgsang (Ger) 18-21, 21-6, 21-13; HO YEN MEI kln S. KISONA 21-9, 6-21, 21-17; Vu Thi Trang (Vie) kln LEE ZII YII 21-12, 21-17; Cheung Ngan Yi (Hkg) kln YAP RUI CHEN 21-12, 21-18; LIM CHIEW SIEN kln Dimitria Popstoikova (Bul) 21-13, 21-14

Beregu campuran: Lee Chun Hei-Chao Hoi Wah (Hkg) kln WEI CHUA KHEK-JOYCE CHOONG 21-7, 21-18;Chan Yun Lung-Tse Ying Suet (Hkg) kln CHUA KEH YEAP-CHIN kAH MUN 21-15, 20-22, 21-9; WONG FAI YIN-SHEVON LAI kln Wong Wai Hong-Poon Lok Yan (Hkg) 21-17, 13-21, 21-15; Nipitphon Puangpuapech-Savitree Amitrapai (Tha) kln DARREN ISAAC DAVADASS-YAP CHENG WEN 21-9, 21-11; MOHD. RAZIF ABDUL LATIF-CHONG SOOK CHIN kln Alvent Yulianto Chandra-Rizki Amelia Pradipta (Ina) 21-10, 21-17; Akshay Dewalkar-Pradnya Gadre (Ind) kln CALVIN ONG-SEE TO CHIA VERN 21-12, 21-15 - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.