VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 15/01/2013

Peluang Zulfadli, Misbun Ramdan buat kejutan

KUALA LUMPUR - Dua pemain muda harapan negara, Zulfadli Zukiffli dan Misbun Ramdan Misbun mengintai permulaan yang baik bagi musim 2013 apabila kedua-dua mereka turun beraksi pada pusingan kelayakan mencari tiket ke pusingan sebenar Siri Super Terbuka Malaysia, esok.

Ia adalah penampilan sulung dalam kejohanan ini buat juara remaja dunia 2011, Zulfadli dan Misbun Ramdan, yang baru muncul juara kebangsaan dua minggu lalu.

Namun, tidak memadai jika sekadar beraksi di pusingan kelayakan dan masing-masing pastinya tidak mahu mensia-siakan peluang terbaik mencipta nama dengan melangkah sejauh mungkin dalam pertandingan antarabangsa berprestij yang dilangsungkan di negara sendiri.

Untuk itu, mereka harus lulus dua ujian awal hari ini. Zulfadli diundi bertemu pemain ranking No. 49 dunia, B. Sai Praneeth dari India dan sekiranya menang, akan bersaing dengan pemenang antara pemain Finland, Ville Lang atau wakil Hong Kong Wei Nan untuk merebut salah satu daripada empat slot kelayakan yang ditawarkan.

Misbun Ramdan yang menduduki ranking ke-86 dunia pula agak kurang bernasib baik kerana dipasangkan dengan pemain muda China, Chen Yuekun yang pernah menewaskannya pada pusingan kedua Terbuka Thailand tahun lalu.

Andai berjaya mengatasi lawannya yang merupakan pemain No. 52 itu, satu lagi halangan 'Tembok Besar China' dijangka menanti Misbun Ramdan.

Gao Huan yang melakar kejutan ke juara dunia 2010 dan rakan senegara, Chen Jin sebelum dijinakkan pada pusingan kedua oleh pemain kita, Chong Wei Feng pada Terbuka Korea minggu lalu, dijangka tidak berdepan masalah mengatasi pemain Singapura, Ashton Chen untuk bertemu Yuekun atau Misbun.

Empat acara lain juga menawarkan empat slot kelayakan dengan Malaysia sah membolot kesemuanya dalam bahagian beregu wanita kerana hanya melibatkan pemain-pemain kita.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.