ARKIB : 23/12/2012
Malaysia menang lagi
KUALA LUMPUR - Malaysia bangkit daripada ketinggalan sebelum mencatat kemenangan kedua pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia dengan menumpaskan Oman 4-1 di Stadium Hoki Al Rayyan Hockey, Doha semalam.
Kemenangan hadir sehari selepas anak-anak buah Paul Revington itu menumpaskan Jepun menerusi keputusan yang sama dalam aksi pembukaan.
Begitupun, pasukan negara cemas seketika apabila gawang mereka dibolosi pada minit ke-16 hasil pukulan sudut penalti Bait Jandal.
Tujuh minit kemudian, penyerang negara, Mohd. Faizal Saari berjaya menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti, sebelum Mohd. Razie Rahim melebarkan kedudukan 2-1 buat Malaysia dengan menjaringkan gol padang pada minit ke-28.
Mohd. Razie menyumbat gol peribadi keduanya dan yang ketiga buat pasukan pada minit ke-62, dan pemain veteran, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Ahmad Jalil hanya memerlukan empat minit kemudian untuk meledakkan gol keempat negara, sekali gus mengesahkan kemenangan 4-1.
Malaysia bagaimanapun bakal berdepan tugas getir hari ini apabila menentang naib juara tahun lalu dan pasukan pilihan, Pakistan dalam perlawanan ketiga.
Selain Malaysia, Trofi Juara-Juara Asia turut disertai Jepun, Oman, Pakistan, China dan penyandang juara, India.
Malaysia menewaskan Jepun 1-0 ketika membawa pulang gangsa pada kejohanan di Ordos, China tahun lalu.
Keyakinan menjunam, Boon Heong rela digugur
Malang timpa Zulfahmi di Le Mans
Tanpa Lin Dan, tiada masalah!
KLHC terlalu kebal buat TNB
Sentuhan Ridzuan bawa tuah
Hodak kecewa prestasi Kelantan
Azlan, Zamri cemerlang di Sentul
Piala Sudirman: Taiwan aibkan Malaysia di Bukit Jalil
Zulfahmi gagal tambah mata, terjatuh di Le Mans
Keputusan badminton Piala Sudirman 2013
Liga Super: Ditewaskan NS, ATM gagal pintas Lions XII
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










