VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 01/12/2012

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia kini status 5 bintang

KUALA LUMPUR - Bermula 2014, Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bakal dinaikkan taraf ke status lima bintang, apabila disenaraikan dalam kalendar Siri Super Premier buat kali ini.

Ini merupakan julung kalinya Terbuka Malaysia dipilih dalam kalendar Siri Super Premier, kejohanan tertinggi yang dianggap umpama Grand Slam dalam sukan tenis.

Kenaikan status pertandingan itu juga mendorong hadiah kemenangan dinaikkan, daripada AS$400,000 (RM1.24 juta) tahun lalu kepada AS$500,000 (RM1.55 juta).

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan rasmi semalam mengesahkan, kejohanan Terbuka Malaysia mendapat status tertinggi itu dari 2014 hingga 2017. Kejohanan 2013 bagaimanapun kekal dengan status Siri Super.

Pengesahan mengenai pemilihan Terbuka Malaysia sebagai kejohanan bertaraf Siri Super Premier turut dimaklumkan BWF menerusi satu emel kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), petang semalam.

Malah, pemilihan tersebut dianggap tepat pada masanya ketika Malaysia juga bakal menjadi tuan rumah kejohanan berpasukan campuran dunia, Piala Sudirman buat kali pertama pada 19-26 Mei, tahun depan depan.

Serentak dengan penganjuran Piala Sudirman juga akan berlangsung mesyuarat pemilihan AGM yang akan menyaksikan pertandingan berlaku dalam jawatan presiden.

"Kami baru dimaklumkan mengenai pemilihan Terbuka Malaysia sebagai salah satu kejohanan dalam kalendar Siri Super Premier petang tadi menerusi emel yang dihantar oleh Thomas Lund (Ketua Pegawai Operasi BWF).

"Berita ini agak mengejutkan tetapi ia bagus untuk kejohanan kerana bukan saja menaikkan taraf pertandingan, malah menjanjikan kehadiran pemain-pemain terbaik dunia,'' ujar Pengurus Besar BAM, Kenny Goh.

Selain Terbuka Malaysia, turut berada dalam kalendar Siri Super Premier 2014-2017 adalah All England, Terbuka China, Terbuka Denmark dan Terbuka Indonesia, manakala Terbuka Korea pula akan diturunkan kepada Siri Super.

Enam lagi kejohanan yang berada dalam senarai Siri Super 2013 adalah Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Terbuka Hong Kong, Terbuka India, Terbuka Jepun dan Terbuka Singapura.

Bermula 2014 juga, BWF menetapkan syarat setiap kejohanan yang menerima status Siri Super Premier harus menawarkan hadiah minimum AS$500,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.