VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 23/11/2012

Arif ke suku akhir

Mohd. Arif Abdul Latif

KUALA LUMPUR - Selepas beberapa minggu terakhir ini peminat badminton negara disajikan dengan peningkatan dua pemain muda, Liew Daren dan Chong Wei Feng, kini giliran Mohd. Arif Abdul Latif pula mencuri tumpuan apabila melayakkan diri ke suku akhir Siri Super pertamanya pada badminton Terbuka Hong Kong, semalam.

Arif, 23, yang hanya memulakan saingan dari pusingan kelayakan, mengejutkan pemain berpengalaman Hong Kong, Hu Yun 21-17, 21-17 dalam masa 43 minit untuk mengiringi kemaraan jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Ini merupakan pencapaian terbesar buat naib juara remaja Asia 2007 dan pemain No. 42 dunia itu, yang banyak beraksi dalam kejohanan bertaraf Grand Prix Emas musim ini. Kemenangan ke atas Hu Yun, pemain No. 15 dunia bakal menemukan Arif dengan pilihan keenam dari Jepun, Kenichi Tago hari ini.

Tago yang menyingkirkan Wei Feng pada pusingan pembukaan mara selepas menumpaskan rakan senegara, Takuma Ueda 21-17, 21-12. Pertemuan Arif dan Tago dianggap menarik kerana kedua-dua pemain muda ini tidak pernah bertemu dalam kalendar antarabangsa.

Sementara itu Chong Wei, yang membuat penampilan sulung selepas berkahwin meneruskan kemaraan selepas menumpaskan Ajay Jayaram dari India 21-18, 21-19, sekali gus menempah pertemuan dengan pilihan kelapan dari Vietnam, Nguyen Tinh Minh.

Begitupun kemaraan Arif dan Chong Wei gagal dituruti juara Terbuka Perancis, Liew Daren yang nyata bukan tandingan pemain No. 2 dunia, Chen Long dari China apabila tunduk 8-21, 13-21.

Dalam beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjadi pemain pertama mengesahkan tiket separuh akhir selepas lawan yang sepatutnya ditemui di suku akhir hari ini, Ko Sung Hyun-Lee Yong Dae dari Korea Selatan menarik diri.

Semalam, pilihan pertama kejohanan dan beregu No. 2 dunia itu melepasi pusingan kedua dengan berhempas pulas menyingkirkan pasangan England, Chris Adcock-Andrew Ellis 25-23, 21-17.

Turut meneruskan kemaraan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang menumpaskan Yonathan Suryatama Dasuki-Hendra Aprida Gunawan dari Indonesia 21-19, 21-19, sekali gus menempah pertemuan dengan Liu Xiaolong-Qiu Zihan dari China.

Saingan beregu campuran pula menyaksikan pasangan No. 3 dunia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melangkah ke suku akhir dengan menewaskan Sergey Lunev-Evgenia Dimova dari Rusia 21-18, 21-18. Naib juara Terbuka China itu akan bertemu Yoo Yeon Seong-Jang Ye Na dari Korea.

Cabaran dua lagi pasangan negara, Ong Jian Guo-Woon Khe Wei dan Tan Wee Kiong-Lim Yin Loo bagaimanapun berakhir awal.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.