ARKIB : 16/11/2012
Red Warriors buat persiapan hadapi musim 2013
KOTA BHARU - Meskipun kemelut perpindahan penyerang terbilang The Red Warriors, Norshahrul Idlan Tahala ke Johor masih diperkatakan, ia tidak menjejaskan sesi latihan pertama pasukan berkenaan semalam, sebagai persediaan mengharungi saingan musim hadapan.
Latihan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, dikendalikan pengurus merangkap jurulatih Bojan Hodak sambil dibantu penolongnya, Zahasmi Ismail, Kamaruddin Mohammad serta Ismail Chawlit Abdullah jurulatih penjaga gol.
Turut kelihatan dalam sesi latihan pertama itu ialah tonggak utama Kelantan musim ini iaitu Mohd. Daudsu Jamaluddin, Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad, Zairul Fitree Ishak, Shahrizan Ismail dan pemain lain termasuk tonggak import iaitu Keita Mandjou, Danny Antwi serta Emanual Ayyah Okinne.
Dalam sidang akhbar kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam sidang akhbar kelmarin memberitahu, Hodak mempunyai masa tujuh minggu bagi melakukan persiapan sebelum perlawanan Sumbangsih menentang ATM pada 5 Januari nanti.
"Masa terlalu suntuk. Pemain akan ke Gold Coast, Australia hujung bulan ini. Kita akan mengatur perlawanan persahabatan menentang salah sebuah kelab ketika di sana. Kelab Sydney FC bercadang untuk bertemu Kelantan tetapi kita belum fikirkan lagi.
"Kita juga turut dicadangkan mengadakan perlawanan dengan juara Liga Thailand, Muang Thond United dan Sriwijaya FC (juara Liga Super Indonesia)," katanya.
Bookie tunjuk ‘samseng’
Johor DT pintas ATM di tangga kedua Liga Super
Selangor tamatkan badi seri
Jentera belum serasi masalah utama Zulfahmi
Nak tunggu kena cantas Vietnam?
BAM harus bertanggungjawab dimalukan dalam Piala Sudirman - Khairy
Perseorangan wanita kita sudah statik - Rashid
Sepak takraw: Elit kita kejutkan bekas tonggak Thai
Perlawanan JDT-Kelantan kecoh
Jerman cantas kita
Berani buat berani tanggung
Shahidan perlu buat keputusan
Woodball acara baharu Sukma
Sarawak ke saingan Liga Super
Nicol mara, Wee Wern kecundang
Piala Sudirman: Malaysia tersingkir
Pulis tinggalkan Stoke
Indonesia jumpa China lagi
Lawan Jerman tanpa Koo-Tan?
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










