VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 09/11/2012

Azhar, Norjannah raja, ratu pecut

KUALA LUMPUR - Sekalipun dinobatkan Raja Pecut Sukan Intitusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), Mohd. Azhar Md. Ismail beranggapan gelaran itu tiada apa untuk dibanggakan jika ia tidak dicapai bersama catatan masa yang dihajati.

Anggota kuartet 4x100m kebangsaan yang meraih gangsa Sukan SEA 2011 itu maksudkan catatan 10.84 saat yang dilakukannya untuk mengungguli perlumbaan akhir pecut 100m di Stadium MSN Bukit Jalil, semalam.

Mohd. Azhar yang mewakili Kolej Komuniti Pahang menewaskan Mohd. Zabidi Ghazali dari Universiti Malaya (10.83) dan atlet Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Mohd. Shahmimi Azmi (10.89s).

"Gembira untuk menyumbang emas buat kontinjen, tetapi masa tidak begitu memberangsangkan, saya sepatutnya berlari lebih laju lagi.

"Tiada gunanya bergelar Raja Pecut kalau catatan masa tidak bagus. Kalau dapat pecah rekod kebangsaan (10.30s milik Watson Nyambek) barulah boleh berasa megah," jelas Mohd. Azhar yang memiliki catatan peribadi terbaik 10.63s, dilakukannya ketika Terbuka Pahang 2011.

Semangat dan keikhlasan Mohd. Azhar sebenarnya wajar dipuji kerana hakikatnya, standard pelari pecut kita memang tidak ke mana sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketika peminat olahraga seluruh dunia teruja melihat bagaimana golongan manusia terpantas dunia seperti Usain Bolt, Yohan Blake dan Tyson Gay cuba berlari di bawah paras 9.6s, pelari-pelari negara bergelut untuk walaupun mendapatkan 10.6.

Tanpa disedari, tiga catatan masa terbaik dalam temasya seperti SUKIPT yang julung diadakan kali adalah lebih baik berbanding Sukan Malaysia XXVI Pahang, Julai lalu, yang mana Raja Pecut temasya sekadar mencatat 10.84s manakala dua pencabar terdekatnya, 10.92s dan 10.93s.

Dalam pada itu, Ratu Pecut SUKIPT menjadi milik bekas pelari kebangsaan, Norjannah Hafiszah Jamaludin dari UniMAP dalam catatan 12.74s.

Dia menewaskan Nurul Sarah Abdul Kadir (12.76) yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) serta pelari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Merrey Gabali (13.23s(.

Norjannah yang terlibat dalam kontroversi lari doping dan 'lesap' ke Bulgaria memberitahu, dia sudahmeninggalkan skuad kebangsaan dan kini sekadar menumpukan perhatian terhadap penglibatan pertandingan di peringkat universiti.

Hari kedua olahraga SUKIPT menyaksikan UniMAP cuba menghambat UPM yang membolot tiga daripada empat emas kelmarin. Daripada 13 emas dipertandingkan semalam.

UPM menambah empat lagi untuk menerajui kedudukan keseluruhan dengan tujuh emas, namun UniMAP mengutip lima untuk berada di tangga kedua.

Kolej Universiti Pulau Pinang, Politeknik Merlimau Melaka, Kolej Komuniti Pahang dan Politeknik Mukah Sarawak masing-masing berkongsi satu emas.

Di Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, berlangsung enam acara Kumite (tempur) dengan UPM menyerlahkan penguasaannya apabila mengaut empat daripada enam emas dipertandingkan.

Empat atlet UPM yang menghadiahkan emas termasuk M. Mathivani (bawah-61kg wanita), M. Yokananthini (bawah-55kg wanita), Uriel Yu En French (bawah-67kg lelaki) dan L.Kunasilan (bawah-55kg lelaki), sementara atlet KLMUC, Nur Eleena Anis Abdul Malik (bawah-50 kg wanita) dan R. S. Wugindran dari MSU (bawah-60kg lelaki) tidak ketinggalan mencuri satu bagi kontinjen masing-masing

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.