VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 01/11/2012

Chii Lin hadiahkan UM dua lagi pingat emas

KUALA LUMPUR - Bekas Olimpian negara pada Beijing 2008, Leung Chii Lin sama sekali tidak menyesal untuk mengundur diri daripada pasukan kebangsaan awal tahun ini.

Perenang kelahiran Sabah berusia 21 tahun itu memberitahu, dia sudah mencapai apa yang dihajatinya selama ini iaitu beraksi di pentas Olimpik, justeru tiada apa lagi matlamat seterusnya hendak dikejarnya.

Lagipun ujar Chii Lin, penuntut tahun kedua jurusan Ijazah Sarjana Sains Sukan di Universiti Malaya (UM), pendidikan sentiasa menjadi keutamaan sejak dari awal karier lagi dan ia tidak pernah berubah.

"Saya sudah mencapai segala-galanya dalam sukan renang, bertanding di Kejohanan Dunia (Rome 2009), Sukan SEA (Korat 2007, Laos 2009 dan Palembang 2011), Sukan Komanwel (New Delhi 2010) dan Sukan Asia (Guangzhou 2010).

"Dan untuk dapat merasai sekali aksi di temasya sukan paling besar Olimpik adalah kemuncaknya, bagi saya ia sudah lebih daripada memadai.

"Jadi, perasaan kesal tidak pernah timbul, tidak untuk sekarang, tidak juga untuk kelak," kata Chii Lin, yang menduduki tempat ke-48 daripada 90 perenang bertanding dalam saingan 50m gaya bebas ketika Temasya Beijing empat tahun lalu.

Pada hari kedua acara renang Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) semalam, Chii Lin menyumbang dua lagi butir emas untuk kontinjen UM apabila mengungguli perlumbaan 50m kuak dada dan 4x200m gaya bebas bersama tiga lagi rakan sepasukannya, Irene Chong, Caryn Gan dan Hoo Lai Kee. Dia juga mengutip satu perak dalam acara 50m kuak kupu-kupu.

Ia adalah emas keempat peribadi pakar renang jarak pendek itu untuk temasya ini selepas turut memenangi 100m gaya bebas and 100m kuak dada kelmarin.

"Saya mungkin tidak berenang sepantas dulu lagi, tetapi setiap kali saya turun ke kolam, saya sentiasa memberikan yang terbaik," tambahnya.

Namun, lebih garang semalam adalah bekas rakan sepasukan skuad kebangsaan, Chui Lai Kwan yang terus menyerlah dengan menambah tiga lagi pingat emas, menjadikan jumlah kutipan setakat hari kedua kepada enam emas.

Lai Kwan, juga anak jati Sabah, sekali lagi menjadi lubuk emas buat Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila dia menjuarai 200m gaya bebas, 200m rampaian individu dan 50m kuak kupu-kupu yang mana dia menewaskan Chii Lin.

Dia bagaimanapun kempunan peluang untuk melakar rekod 100 peratus kemenangan selepas kuartet 4x200m UPM yang diterajuinya gagal menyaingi UM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.