VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 28/09/2012

110 pelayar sertai Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor

JOHOR BAHRU - Sebanyak 110 pelayar daripada 11 pasukan dan kelab mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor 2012 yang berlangsung di Tanjung Leman, Mersing selama tiga hari bermula hari ini.

Setiausaha Kerja Persatuan Pelayaran Johor, Abdul Razak Abu Bakar berkata, sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Optimis, Laser, International 420 dan 'Windsurfing' yang menawarkan hadiah wang tunai dan medal.

Menurutnya, dua acara baru turut disenaraikan pada kejohanan kali ini iaitu 'Malaysian Match Racing-Sirkit Tanjung Leman' dan 'Marathon International 420 Tanjung Leman-Pulau Sibu'.

"Malaysian Match Racing-Sirkit Tanjung Leman merupakan sirkit ketiga 'Malaysian Match Racing Circuit' bagi tahun ini yang diuruskan oleh T-Best Events Sdn. Bhd., syarikat pengurus acara tahunan Piala Monsun di Terengganu.

"Juara keseluruhan secara automatik akan layak mewakili Malaysia ke acara Piala Monsun 2012 di Terengganu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Abdul Razak berkata, sirkit pertama 'Malaysian Match Racing' telah diadakan di Lumut, Perak pada 11 hingga 13 Mei; sirkit kedua di Pulau Indah, Klang pada 29 Jun hingga 1 Julai, manakala sirkit terakhir di Pulau Duyong, Terengganu pada 28 hingga 30 November ini.

Beliau berkata, bagi acara Marathon International 420 Tanjung Leman-Pulau Sibu pula, acara jarak jauh berkenaan akan melibatkan kategori perahu layar International 420 dengan para peserta bertanding dari Tanjung Leman ke Pulau Sibu sebelum kembali semula ke Tanjung Leman.

Menurutnya, antara persatuan perahu layar yang telah mengesahkan penyertaan bagi kejohanan kali ini adalah Persatuan Pelayaran Johor, Persatuan Perahu Layar Selangor, Persatuan Perahu Layar Putrajaya dan Persatuan Perahu Layar Wilayah Persekutuan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.