VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 27/09/2012

Tiket MotoGP dijual di stesen Shell

KUALA LUMPUR - Bagi peminat sukan pemotoran yang masih belum mendapatkan tiket Grand Prix Malaysia bagi menyaksikan kelibat pelumba-pelumba dunia khususnya penunggang Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin beraksi boleh berbuat demikian di 37 stesen minyak Shell terpilih hingga 21 Oktober ini.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, daripada 37 stesen tersebut, 22 daripadanya bertempat di Lembah Klang, tujuh di Johor, empat di Pulau Pinang, dua di Melaka dan masing-masing satu di Pahang serta Negeri Sembilan.

Orang ramai juga berpeluang mendapatkan diskaun istimewa sehingga 27 peratus daripada harga tiket Grandstand biasa yang akan diberikan kepada pembeli yang memilih untuk membayar dengan kad kredit Maybank.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn Bhd., Azman Ismail berkata, syarikat itu gembira kerana dapat bersama-sama menjayakan MotoGP Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang pada 19 hingga 21 Oktober ini.

"Shell sudah sekian lama terlibat dalam sukan pemotoran di peringkat global menerusi pakatan perkongsian dengan Ducati dalam MotoGP dan Ferrari untuk perlumbaan Formula 1," katanya.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman web www.shell.com.my mengenai penjualan tiket MotoGP di stesen-stesen Shell yang terpilih.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.