VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 24/09/2012

Papan markah elektronik baru

Annuar Musa (kanan) melihat papan markah elektronik yang telah dipasang di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU - Penantian rakyat Kelantan untuk melihat Stadium Sultan Muhammad IV memiliki papan markah elektronik akhirnya tercapai.

Malah, papan markah baharu yang dipasang di stadium itu merupakan yang terbaik di negara ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, papan markah bernilai RM2.3 juta itu adalah sumbangan Jabatan Perdana Menteri selaras janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kemajuan bola sepak Kelantan.

"Ini adalah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malah ia lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana teknologi yang digunakan semuanya terkini dan kesemuanya diimport dari Jepun.

"Pembinaannya bermula tiga bulan lalu dan akan siap sepenuhnya tidak lama lagi dan untuk perlawanan menentang Arbil FC (Piala AFC) beberapa perkara asas papan markah itu akan digunakan," katanya.

Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia ketika berkunjung ke stadium bersama beberapa pemimpin KAFA bagi melihat perkembangan terkini pemasangan papan markah itu di sini semalam.

Annuar berkata, pembinaan papan markah itu turut melibatkan pemasangan lima kamera di dalam stadium di mana tiga daripadanya menggunakan sistem robotik manakala dua lagi tanpa wayar.

Jelas beliau, pemasangan kesemua kamera itu akan siap tidak lama lagi dan pembekal akan turut melatih staf KAFA dan Perbadanan Stadium untuk menjadi operator bagi mengendalikan peralatan berkenaan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.