VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 23/09/2012

Azlan Shah terpantas sesi ujian masa

KUALA LUMPUR - Azlan Shah Kamaruzaman menepati ramalan apabila menguasai sesi ujian masa kategori CP130 perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Litar Kluang, semalam.

Pelumba Y-TEQ SCK Honda Racing itu mencatat masa terpantas, 47.090 saat yang dilakukan pada pusingan kelapan.

Catatan itu 0.476s lebih pantas berbanding pelumba tempat kedua, Ahmad Fuad Baharudin (Faito Motobert Racing), sementara rakan sepasukan Azlan, Mohd. Affendi Rosli ketiga terpantas (47.659s).

"Seperti yang saya jangka, litar ini cukup teknikal dan memerlukan jentera yang pantas di samping sistem suspensi dan kotak gear yang terbaik.

"Mujur pengurus pasukan, Soong Chee Kieong menyediakan jentera yang begitu baik," kata Azlan.

Azlan mendahului senarai pelumba keseluruhan setakat ini dengan 100 mata.

Sementara itu, Shariffudin Shamsuddin mencipta kejutan apabila muncul pelumba terpantas kategori CP115 dengan masa 48.476s.

Pelumba CKJ Yamaha Racing itu mengatasi catatan Mohd. Haiekal Akmal Zakaria (AAP Mazoil Armstrong Motorsport) 48.381s dan Mohd. Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) yang mencatat masa ketiga terpantas iaitu 48.476s.

Dalam kategori Wira, Fakhrusy Syakirin Rostam dari pasukan AAP Mazoil Armstrong Motorsport muncul terpantas (48.157s), mengatasi Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang) yang mencatat masa 48.176s.

Pendahulu keseluruhan, Mohd. Hafiz Nor Azman (Mos Track Pro Yamaha Racing) ketiga (48.271s).

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.