ARKIB : 14/09/2012
Giliran Wee Wern lakar kejutan
PETALING JAYA - Low Wee Wern mempamerkan aksi terbaik dalam kariernya apabila menumbangkan naib juara tahun lalu, Jenny Duncalf 11-7, 11-5, 11-8 untuk ke ke separuh akhir skuasy Terbuka Malaysia CIMB di pusat membeli belah The Curve, semalam.
Kecemerlangan Wee Wern itu memungkinkan pertembungan final impian sesama pemain negara buat sendiri buat kali pertama sejak kejohanan mula dianjurkan pada 1975, esok.
Ini ekoran kejayaan pemain No.1 dunia, Datuk Nicol David turut mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selepas berhempas pulas membenam pilihan keenam dari Hong Kong, Annie Au 6-11, 11-5, 15-13, 11-5.
Cabaran negara dalam saingan lelaki bagaimanapun berakhir apabila langkah cemerlang Mohd. Nafiizwan Adnan tersekat dengan kekalahan 8-11, 4-11, 13-11, 4-11 kepada pemain Mesir, Tarek Momen.
Rentak permainan Wee Wern, 22, pilihan ke-11 kejohanan, semakin mantap dan berada pada kelas tersendiri ketika menyingkirkan pemain No.4 dunia dari England dalam tempoh hanya 32 minit.
Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut untuk Wee Wern, yang memecah masuk ranking 10 teratas dunia WISPA baru-baru ini, ke atas Duncalf selepas turut mengejutkan lawannya itu 3-0 pada Terbuka Hong Kong tahun lalu.
"Ketika di Hong Kong, dia kurang sihat tetapi kali ini saya membuktikan saya benar-benar mampu menewaskannya. Namun jangan terlalu menilai kemenangan tiga set tanpa balas hari ini sebagai mudah, ia jauh lebih sengit daripada yang disangka.
"Pada pertengahan permainan, saya dapati Jenny mula berasa terdesak lalu, menyebabkan dia kerap membuat kesilapan dan saya memanfaatkan situasi itu," ujarnya.
Menunggu Wee Wern di separuh akhir hari ini ialah jaguh No.2 dunia, Raneem El Weleily sementara Nicol akan bertembung seteru utama, Laura Massaro yang mengalahkannya dua kali tahun lalu.
Sementara itu, Nafiizwan akur kepada kehebatan Momen, pemain ranking No. 21 dunia dengan menyifatkan lawannya jauh lebih berpengalaman walaupun usianya lebih muda.
"Tarek banyak bermain pada peringkat tertinggi, berentap dengan barisan pemain terbaik dan semua itu memberi kelebihan kepadanya.
"Bermain di gelanggang kaca banyak bezanya berbanding di (Pusat Skuasy Nasional) Bukit Jalil, bola lebih menganjal, kami menghadapi kesukaran mencapai bola.
"Saya juga penat selepas mengerah segala tenaga dalam kemenangan ke atas Adrian (Grant) semalam, tetapi itu bukan alasan, saya akur," jelasnya.
Berdamai, tumpu tugas
Revington beri reaksi positif
'Pengajaran' berguna di Slovakia
Wilayah Persekutuan bida Sukan Malaysia 2018
Hentikan sebarang komen velodrom - Zolkples
Pengalaman di Eropah banyak membantu - Nabil
Revington tarik balik
Pemain mahu jurulatih kembali ke padang
Khairy tegur tindakan Naim
Chong Wei simpan 'kuku' ke Kejohanan Dunia
Zulfahmi lega ke kancah utama
Revington tarik balik keputusan letak jawatan
Saya tak tahu apa-apa - Dharma
Zulfahmi kesembilan di Catalunya, Hafizh ke-18
Liga-M diswasta 2015
Rozabil ganti Shahidan
Penyokong harap Johor DT julang Piala FA
2,000 tiket final percuma untuk anak Johor
10,000 saksikan skuad Pulau Pinang julang Piala FAM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











