ARKIB : 29/08/2012
Sarawak sedia lahirkan lebih ramai Pandelela
KUCHING - Pusat Kecemerlangan Akuatik Sarawak di sini sedia untuk digunakan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan terjun sebelum melahirkan lebih ramai jaguh dunia seperti Pandelela Rinong.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pusat akuatik yang telah siap dibina sejak Januari lalu itu hampir memenuhi semua piawaian yang ditetapkan dalam pelbagai acara sukan terjun.
"Hari ini saya membawa ketua jurulatih, Yang Zhuliang dan Pandelela untuk memeriksa infrastruktur serta kemudahan yang disediakan di pusat ini.
"Berdasarkan pandangan mereka yang lebih pakar, saya yakin pusat ini tidak mempunyai masalah besar.
"Oleh itu, program pembangunan peringkat awal seperti mencungkil dan menggilap bakat-bakat baru di negeri ini boleh dimulakan pada bila-bila masa," katanya selepas melawat Pusat Kecemerlangan Akuatik di sini, semalam.
Ahmad Shabery dalam pada itu menafikan dakwaan pihak tertentu yang berpendapat pembinaan pusat akuatik tersebut tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.
Beliau bagaimanapun mengakui menerima laporan mengenai platform sedia ada tidak memenuhi piawaian untuk acara seirama, selain terdapat rungutan tentang gim kering yang dikatakan agak sempit serta ketiadaan beberapa kemudahan tambahan lain.
"Soal platform untuk acara seirama, ia acara yang baharu sahaja diperkenalkan di Olimpik. Lagipun ia merupakan rutin untuk peringkat tertinggi, sedangkan fokus kita sekarang adalah rutin peringkat asas bagi melatih penerjun baru.
"Jadi kita mempunyai masa yang panjang untuk membuat penambahbaikan terhadap mana-mana kekurangan di pusat ini.
"Beberapa kemudahan tambahan pula hanya bersifat aksesori dan ia adalah bukan keutamaan kita. Lebih baik peruntukan yang ada kita gunakan untuk laksanakan program pembangunan melibatkan jurulatih dan atlet itu sendiri," katanya.
Dibina bersebelahan Kompleks Belia dan Sukan negeri di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini, Pusat Kecemerlangan Akuatik Sarawak yang menelan kos sebanyak RM33 juta merupakan antara fasiliti terbaik di negara ini selepas Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil.
Pemain hoki kembali bersemangat
Syor pecat Dharma, Chiow Chuan ditarik balik
ATM sedia bedil Selangor
Tunggu Kabinet tentukan
JM medan baiki ranking Asia
Sukan SEA 2017: Kabinet akan putuskan - Khairy
Berdamai, tumpu tugas
Revington beri reaksi positif
'Pengajaran' berguna di Slovakia
Wilayah Persekutuan bida Sukan Malaysia 2018
Hentikan sebarang komen velodrom - Zolkples
Pengalaman di Eropah banyak membantu - Nabil
Revington tarik balik
Pemain mahu jurulatih kembali ke padang
Khairy tegur tindakan Naim
Chong Wei simpan 'kuku' ke Kejohanan Dunia
Zulfahmi lega ke kancah utama
Revington tarik balik keputusan letak jawatan
Saya tak tahu apa-apa - Dharma
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











