ARKIB : 29/08/2012
Diana bergelar juara Asia akhirnya
KUALA LUMPUR - Pulang tangan kosong dalam dua edisi sebelumnya, atlet wusyu negara, Diana Bong Siong Lin tidak lagi kempunan pada cubaan ketiga apabila dia pulang dengan tiga pingat termasuk satu emas dari Kejohanan Wusyu Asia yang menutup tirainya di Ho Chi Minh, Vietnam, Ahad lalu.
Diana, 27, mempamerkan aksi bertenaga untuk mengungguli acara nandao dengan kutipan mata 9.62, mengatasi pesaing dari Taiwan, Tsai Wen-chuan (9.61).
Turut mengharumkan nama negara ialah seorang lagi ahli wusyu wanita, Tai Cheau Xuen, yang memerlukan hanya penampilan sulung untuk mengecapi gelaran juara Asia dalam nangun, menewaskan Diana untuk Malaysia mendominasi kedudukan 1-2 acara tersebut.
Diana melengkapkan rekod sempurna tiga pingat dalam tiga acara dengan merangkul perak nanquan dan gadis kelahiran Kuching, Sarawak itu boleh menjangkakan habuan lumayan RM80,000 melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), dengan RM40,000 ditawarkan untuk sebutir emas dan RM20,000 bagi sebutir perak.
"Kejayaan ini cukup memuaskan hati memandangkan saya pulang hampa dengan tangan kosong pada dua penampilan lepas, lebih-lebih lagi meraih pingat dalam kesemua tiga acara saya sertai.
"Saya sentiasa yakin dengan kebolehan diri, selagi dapat buat persembahan terbaik, memang saya tahu saya cukup berhak untuk meraih pingat," kata Diana, yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2006 di Doha.
Penuntut tahun ketiga jurusan Komunikasi Massa di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu kini beralih tumpuan kepada melakar kejayaan di Kejohanan Dunia tahun depan dan Sukan Asia 2014 di Incheon, tetapi mahu berwaspada dengan risiko kecederaan.
"Saya perlu mengelak daripada ditimpa kecederaan. Saya ingat lagi bagaimana kecederaan ligamen lutut memaksa saya melupakan aksi sepanjang tahun 2005 akibat terlalu memaksa diri dalam latihan," kata Diana yang menganggotai skuad kebangsaan sejak 2004.
Secara keseluruhannya, Malaysia menamatkan kempen kejohanan dwitahunan yang disertai 22 negara itu agak positif dengan kutipan dua emas, tujuh perak dan tiga gangsa.
Kien Keat, Boon Heong mula bersuara
Bertindak demi keselamatan penyokong sendiri dan lawan - TMJ
Tok Gajah sedia 'mengamuk'
Misi wajib menang Kelantan
Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain
Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain 2013
Sindiket bookie serius
'Usah takut buat laporan'
BAM tidak akan berlembut
BAM janji buat perubahan
Thailand ke separuh akhir singkir Jepun
Hoki: Skuad remaja atasi kelab utama China
PBNJ bakal dihukum
Percaturan paling bodoh musim ini - Annuar
Johor DT kalahkan Kelantan, pintas ATM
Bookie tunjuk ‘samseng’
Johor DT pintas ATM di tangga kedua Liga Super
Selangor tamatkan badi seri
Jentera belum serasi masalah utama Zulfahmi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










