ARKIB : 29/08/2012
Kedah kembali bernafas
ALOR SETAR - Kedah kembali bernafas untuk meneruskan cabaran dalam saingan Piala Malaysia apabila menumpaskan Terengganu 2-1 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Darul Aman, semalam.
Kemenangan itu meletakkan skuad Kenari berkongsi tiga mata dengan Terengganu pada tangga ketiga dan keempat dalam 'kumpulan maut'.
Skuad Kenari bagaimanapun masih berdepan laluan berduri untuk mara ke peringkat suku akhir dengan perlu mencatatkan kemenangan dalam semua baki perlawanan peringkat kumpulan.
Penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambry muncul wira Kedah selepas meledakkan kedua-dua gol tuan rumah manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahaya.
Kedah membuka jaringan pada minit ke-10 apabila Khyril Muhymeen berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan lawan sebelum memperdaya penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee.
Kelebihan jaringan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila tandukan Abdul Hadi menyamakan kedudukan 12 minit kemudian.
Khyril Muhymeen menghadiahkan tiga mata kepada Kedah menerusi jaringan kedua, dua minit selepas rehat.
'Usah takut buat laporan'
BAM tidak akan berlembut
BAM janji buat perubahan
Thailand ke separuh akhir singkir Jepun
Hoki: Skuad remaja atasi kelab utama China
PBNJ bakal dihukum
Percaturan paling bodoh musim ini - Annuar
Johor DT kalahkan Kelantan, pintas ATM
Bookie tunjuk ‘samseng’
Johor DT pintas ATM di tangga kedua Liga Super
Selangor tamatkan badi seri
Jentera belum serasi masalah utama Zulfahmi
Nak tunggu kena cantas Vietnam?
BAM harus bertanggungjawab dimalukan dalam Piala Sudirman - Khairy
Perseorangan wanita kita sudah statik - Rashid
Sepak takraw: Elit kita kejutkan bekas tonggak Thai
Perlawanan JDT-Kelantan kecoh
Jerman cantas kita
Berani buat berani tanggung
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










