VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 28/08/2012

Cadangan taraf Penduduk Tetap kepada jurulatih asing - Shabery

Pandelela Rinong dan Ahmad Shabery Cheek disambut penduduk kampung sempena majlis 'biruman bisamah Pandelela' di Kampung Jugan, Bau semalam.

KUCHING - Kementerian Belia dan Sukan bersedia mengemukakan cadangan kepada Kabinet supaya memberi taraf Penduduk Tetap kepada jurulatih asing yang berjaya memartabatkan mutu sukan negara di persada antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemberian taraf tersebut kepada jurulatih asing yang cemerlang perlu dipertimbangkan bagi menarik minat mereka untuk terus membimbing Malaysia.

"Ada negara menggunakan model memberi kerakyatan kepada rakyat negara lain supaya dapat menjadi atlet mereka. Bagaimanapun, model ini bukan pilihan kita kerana jika diberi status kepada atlet, sumbangannya akan habis di situ sahaja apabila usia meningkat.

"Kalau beri pada jurulatih, mereka akan terus melahirkan lebih ramai atlet ternama. Perkara ini bagaimanapun melibatkan polisi, jadi saya akan bentangkan cadangan ini kepada Kabinet nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Biruman Bisamah (Kenduri Sekampung Bersama) Pandelela Rinong di tempat kelahiran atlet terjun negara itu di Kampung Jugan, Bau dekat sini, semalam.

Ketua jurulatih terjun, Yang Zhuliang yang bakal tamat kontraknya Oktober depan sedang menunggu tawaran baru dari Majlis Sukan Negara (MSN) bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau.

Memandangkan Zhuliang pernah menyatakan hasrat untuk berpindah ke Australia, kerajaan diminta menawarkan kontrak baru yang lebih menarik dan lumayan, termasuk memberi taraf Penduduk Tetap kepada jurulatih kelahiran China itu.

Ahmad Shabery dalam pada itu memberi gambaran positif bahawa Zhuliang akan terus kekal bersama skuad terjun negara sekurang-kurangnya untuk empat tahun lagi, iaitu sehingga temasya Olimpik di Rio De Jeneiro pada 2016.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Shabery berkata, pihaknya juga bersedia mempertimbangkan permintaan Zhuliang untuk menambah bilangan jurulatih terjun yang kini hanya seramai dua orang.

"Kita memerlukan sekurang-kurangnya empat orang jurulatih yang bertaraf dunia seperti Zhuliang dan setakat ini, jurulatih dari China adalah yang terbaik.

"Perkara ini juga akan dibentangkan dalam Kabinet dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu, Zhuliang ketika ditemui menyambut baik cadangan supaya kerajaan memberi taraf Penduduk Tetap kepada jurulatih asing sepertinya yang berjaya mengharumkan nama negara.

"Saya gembira dan senang hati sekiranya terdapat tawaran sebegitu daripada kerajaan Malaysia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.