VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 28/08/2012

Tiga pasukan perlu bangkit

Pemain Perak, Albert Bodjongo (tengah) cuba melepasi halangan pemain Felda United, S. Sivanesan (kiri) dan Khairan Ezuan Razali dalam perlawanan Piala Malaysia di Ipoh, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR - Tiga pasukan yang cukup berpengaruh dalam Liga Super musim ini, Selangor, Kelantan dan Perak perlu melakukan sesuatu demi mengelak tersingkir awal dalam saingan Piala Malaysia yang memasuki perlawanan ketiga hari ini.

Selangor, yang menduduki tempat ketiga Liga Super 2012 gagal menjelmakan kehebatan sebenar selepas dua perlawanan apabila belum melakar kemenangan, sebaliknya seri dan tewas sekali.

Ternyata ketiadaan dua pemain berpengalaman Amri Yahyah dan Bunyamin Omar yang digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kesan kepada Selangor yang memasang 'Misi 33'.

Menurut jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim, empat perlawanan terakhir peringkat kumpulan menjadi penentu untuk Selangor mara ke suku akhir.

"Pemain perlu bekerja keras menentang T-Team esok (hari ini) dan Sabtu ini," katanya.

Kelantan pula harus meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu lawan sukar, ATM hari ini setelah mengalahkan Kedah 2-1 di laman sendiri, Sabtu lalu.

Laluan Kelantan ke suku akhir sedikit tergugat ekoran kalah 0-2 kepada Terengganu dalam perlawanan pertama.

Selepas dua perlawanan Kelantan menghuni tangga ketiga Kumpulan B atau 'Kumpulan Maut', berkongsi mata dengan Terengganu yang mempunyai kelebihan jaringan.

Lawan Kelantan hari ini, ATM yang dibarisi pemain berpengalaman semakin menunjukkan taring apabila menduduki tangga teratas kumpulan dengan rekod bersih dua kemenangan ke atas Kedah (2-0) dan Terengganu (2-1).

Satu lagi pasukan yang menduduki empat tangga teratas Liga Super musim ini, Perak juga terumbang-ambing selepas dua perlawanan setelah hanya seri dan kalah sekali.

Menjelang perlawanan ketiga hari ini, skuad Jang Jung itu harus bangkit apabila bertemu penyandang juara, Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman selepas dimalukan Felda United 4-2 di Stadium Perak Sabtu lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.