ARKIB : 27/08/2012
T-Team pilih laluan berliku ke suku akhir
KUALA TERENGGANU - Pasukan berstatus kelab, T-Team memilih laluan berliku untuk melepasi saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sarawak di laman sendiri, kelmarin.
Dengan hanya satu mata selepas dua perlawanan, pengendalinya Yunus Alif terpaksa mencongak strategi baru bagi memastikan pasukannya kembali berada pada landasan yang tepat untuk layak ke suku akhir.
"Ya... saya akui keadaan ketika ini memberi tekanan kepada pasukan untuk mempamerkan aksi terbaik.
"Apabila menjadi tuan rumah, kita tak ambil peluang ini (untuk menang). Sekarang hanya tinggal dua lagi perlawanan di tempat sendiri iaitu menentang Selangor (28 Ogos) dan Pahang (14 September) untuk kita manfaatkan sepenuhnya.
"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar para pemain mampu mencuri mata dalam dua lagi aksi di tempat lawan (menentang Selangor di Shah Alam pada 1 September dan Sarawak di Kuching pada 4 September) nanti," katanya sejurus tamat perlawanan kelmarin.
Dalam perlawanan tersebut, T-Team mendominasi sebahagian besar aksi di tengah padang namun buntu untuk menghasilkan jaringan walaupun memiliki beberapa peluang keemasan menerusi ketua pasukan Zairo Anuar Zailani dan penyerang lincah, Mohd. Faiz Subri.
Sarawak yang sesekali berjaya menembusi kubu lawan juga beroleh beberapa peluang menarik namun gagal untuk diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan.
Yunus bercadang untuk membuat rombakan kecil terhadap pasukannya sebelum melayan kunjungan Selangor esok, berikutan masalah kecederaan serta penggantungan pemain.
"Macam Fazli (Shaari), kita tak tahu kecederaan dia seteruk mana. Bojan (Petric) juga tidak dapat diturunkan nanti selepas menerima kad kuning kedua.
"Jadi saya akan lihat dan teliti dulu macam mana sebelum membuat keputusan," ujarnya.
KOM mahu jumpa menteri
Azammuddin selamatkan Pahang
T-Team rebah di kaki JDT
Sarawak kukuh teraju liga
Main guna otak - Rashid
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya
Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti - Khairy
Dollah cari formula jinakkan Lions
Thailand minat anjur Piala Dunia bersama Malaysia
Hilang tonggak punca tersingkir
6 pasukan dari 3 negara sertai Piala Futsal Red Bull
Pengalaman enam import mampu julang KLHC
China jadi pilihan
Kriket: Tiada masalah bagi UKM ke separuh akhir
'Kaki peraduan' menang Chevrolet Captiva
'Amanah cukup berat'
MSN, MOM sambut baik pelantikan Khairy
Selangor 'lemas' di Maldives
Jamin tiada rombakan beregu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










