ARKIB : 19/08/2012
Zulfahmi berlumba 1 Syawal
KUALA LUMPUR - Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin terpaksa melupakan kemeriahan Aidilfitri yang disambut hari ini apabila dia beraksi pada Grand Prix Indianapolis di Amerika Syarikat.
Ketika umat Islam yang lain bergembira berhari raya, Zulfahmi pula sebaliknya terpaksa bertarung di litar dalam perlumbaan yang bermula pada pukul 10 malam waktu Malaysia.
Namun segala kesedihan tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga diketepikan demi kariernya.
Apatah lagi setelah lebih sebulan berehat, pelumba kelahiran Banting, itu kembali ke litar dengan matlamat yang sama untuk melakar sejarah buat negara.
Zulfahmi ketika dihubungi menerusi e-mel berkata, untuk musim 2012, banyak kemajuan yang dipamerkan berbanding dua musim sebelum ini.
“Tahun ini saya telah meningkat banyak dan buat masa sekarang saya berada di kedudukan keenam setelah mengumpul 66 mata," katanya.
Menurut Zulfahmi, berbeza dengan musim lalu, keputusan dalam setiap perlumbaan berjaya dicatat dengan baik dan catatan podium juga semakin hampir dapat di gapai.
“Untuk merealisasikan hasrat ini, saya perlu berganding bahu dan bekerja rapat dengan krew pasukan bagi memastikan jentera berada dalam situasi terbaik," ujarnya.
Mengenai persediaannya setelah lebih sebulan berehat, Zulfahmi memberitahu, bagi mengekalkan tahap kecergasannya, dia banyak melakukan senaman dengan berlari dan mengayuh basikal.
'Usah takut buat laporan'
BAM tidak akan berlembut
BAM janji buat perubahan
Thailand ke separuh akhir singkir Jepun
Hoki: Skuad remaja atasi kelab utama China
PBNJ bakal dihukum
Percaturan paling bodoh musim ini - Annuar
Johor DT kalahkan Kelantan, pintas ATM
Bookie tunjuk ‘samseng’
Johor DT pintas ATM di tangga kedua Liga Super
Selangor tamatkan badi seri
Jentera belum serasi masalah utama Zulfahmi
Nak tunggu kena cantas Vietnam?
BAM harus bertanggungjawab dimalukan dalam Piala Sudirman - Khairy
Perseorangan wanita kita sudah statik - Rashid
Sepak takraw: Elit kita kejutkan bekas tonggak Thai
Perlawanan JDT-Kelantan kecoh
Jerman cantas kita
Berani buat berani tanggung
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










