ARKIB : 18/08/2012
Olimpik ubah nasib Pandelela
PUTRAJAYA - Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Pandelela Rinong yang menerima ganjaran RM300,000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, mula membayangkan masa depan cerah untuk dirinya dan keluarga.
Tidak seperti kelaziman di kalangan anak muda seusia Pandelela yang masih perlu ditanggung oleh orang tua, ratu terjun negara berketurunan Bidayuh itu sudah selangkah ke depan apabila mampu berdikari.
Malah kejayaan anak kedua daripada empat beradik pada Sukan Olimpik 2012 membawa sinar harapan ke dalam kehidupan keluarganya yang bukan berasal daripada golongan berada.
Selama ini bapanya, Pamg Joheng, selaku ketua keluarga bertanggungjawab mencari nafkah dengan bekerja sebagai seorang buruh upahan harian.
Menurut Pandelela, ganjaran yang diterimanya daripada pelbagai pihak berikutan kecemerlangannya pada Sukan Olimpik membawa impak positif kepada kedudukan kewangan keluarganya.
Katanya, beberapa rancangan diusahakan dengan wang yang ada.
"Ibu-bapa saya tak perlu lagi risau tentang kehidupan seharian selepas ini. Ganjaran ini meringankan beban mereka.
"Mereka juga tidak perlu sakit kepala memikirkan pembiayaan kos pengajian saya selepas ini, segalanya sudah diuruskan," kata Pandelela ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Pandelela juga sedia merealisasikan impian bapanya untuk menjadi pengusaha restoran makan dengan membiarkan sebahagian ganjaran digunakan oleh Pamg sebagai modal perniagaan.
"Ia bukan restoran besar, hanya kecil-kecilan macam kedai mamak.
"Inilah satu cara untuk terus menambah sumber pendapatan keluarga untuk jangka panjang, kerana ibu dan ayah tidak mahu bergantung hanya kepada saya," katanya.
Pandelela bagaimanapun berkata buat masa ini dia belum memutuskan mengenai bidang pengajiannya kerana fikirannya masih lagi tertumpu kepada terjun.
"Saya tidak suka Matematik Tambahan, jadi kalau boleh saya akan mengambil jurusan yang tidak belajar subjek itu," katanya.
Mengenai pertemuan selama 15 minit dengan Perdana Menteri semalam katanya: "Saya sangat teruja berjumpa PM, tetapi mak dan ayah yang kali pertama lagilah... tersenyum lebar bagaikan (patung) McDonalds!".
Revington beri reaksi positif
'Pengajaran' berguna di Slovakia
Wilayah Persekutuan bida Sukan Malaysia 2018
Hentikan sebarang komen velodrom - Zolkples
Pengalaman di Eropah banyak membantu - Nabil
Revington tarik balik
Pemain mahu jurulatih kembali ke padang
Khairy tegur tindakan Naim
Chong Wei simpan 'kuku' ke Kejohanan Dunia
Zulfahmi lega ke kancah utama
Revington tarik balik keputusan letak jawatan
Saya tak tahu apa-apa - Dharma
Zulfahmi kesembilan di Catalunya, Hafizh ke-18
Liga-M diswasta 2015
Rozabil ganti Shahidan
Penyokong harap Johor DT julang Piala FA
2,000 tiket final percuma untuk anak Johor
10,000 saksikan skuad Pulau Pinang julang Piala FAM
Chong Wei rangkul kejuaraan kelima
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











