VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 18/08/2012

Pandelela dapat ganjaran RM300,000

Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan penghargaan daripada kerajaan bernilai RM300,000 iaitu Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) RM100,000 dan Amanah Saham Wawasan sebanyak RM200,000 kepada Pandelela Rinong di atas kejayaan mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik London 2012, di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 17 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meraikan ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg yang meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2012 dalam acara terjun 10 meter platform, di pejabatnya hari ini.

Sebagai penghargaan kerajaan, Najib menyampaikan sumbangan bernilai RM300,000 iaitu Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) RM100,000 dan Amanah Saham Wawasan sebanyak RM200,000 kepada Pandelela atas kejayaan mengharumkan nama negara dalam kejohanan berprestij itu.

Perdana Menteri juga menyerahkan surat tawaran biasiswa penuh kerajaan daripada Yayasan Tun Abdul Razak untuk membolehkan atlet negara itu melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti di negara ini dalam jurusan pilihannya.

Dalam pertemuan 10 minit itu, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan sedia menghulurkan segala jenis bantuan bagi membolehkan atlet muda itu meningkatkan prestasi dan seterusnya mencipta lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Adakah kamu komited untuk Rio (Kejohanan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016) dan apa lagi yang kamu perlukan? Semua dah cukup?," tanya Najib dengan senyuman manis kepada Pandelela.

Najib juga bertanya perasaan Pandelela sewaktu melakukan terjunan dari ketinggian 10 meter dalam pertandingan itu.

“Kamu gementar tak ketika nak mula", tanya Najib.

“Ya, tapi lepas itu saya rasa teruja," kata Pandelela.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Kontinjen Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong.

Hadir sama ibu bapa Pandelela, Hartini Lamim dan Pamg ak Joheng serta jurulatih Yang Zhuliang.

Pada Sukan Olimpik London 2012, gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu mengumpul 359.20 mata dalam acara 10m platform di belakang Chen Ruolin dari China yang berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan 422.30 mata, manakala Britanny Broben dari Australia meraih pingat perak selepas mengutip 366.50 mata. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.