VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 17/08/2012

'Sudikah anda mengahwini saya?'

POPULARITI Pandelela Rinong naik mendadak selepas dia berjaya memenangi pingat gangsa acara terjun 10m platform individu wanita pada Sukan Olimpik London 2012, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Penerjun negara, Pandelela Rinong tidak menang tangan melayan kerenah peminat dalam sesi Chat 'Question Time' Yahoo!, termasuk usikan mereka yang mengajaknya berkahwin.

Semalam Pandelela, yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 London dalam acara terjun telah mendapat pengiktirafan istimewa daripada Yahoo! Malaysia di mana peminat boleh bertanyakan sebarang soalan kepadanya di ruangan tersebut.

Bagaimanapun, soalan berbau usikan terpancul daripada seorang peminatnya, yang ingin mengajaknya berkahwin.

"Sudikah anda mengahwini saya?," tanya seorang peminat Pandelela yang menggunakan nama gelaran Wangdu.

Atlet berketurunan Bidayuh itu dengan tenang dan berseloroh memberi jawapan, "Ya, tetapi di dalam permainan video, Sims. Jadilah jiran saya," kata Pandelela yang memulakan sesi soal jawab secara maya itu bermula pukul 9.35 pagi sebelum berakhir sejam kemudian.

Ada juga peminat yang membuatkan Pandelela tersipu malu dengan menanyakan soalan sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki, namun atlet berusia 19 tahun itu memberi jawapan yang selamat, 'belum dan sudah'.

Selain soalan nakal itu, Pandelela juga berkongsi bersama peminatnya tentang pengalaman di London, inspirasi dan saat-saat manis yang pernah dilalui ketika bergelar atlet negara dalam acara terjun,

Ketika soalan difokuskan kepada pingat gangsa yang dimenanginya di temasya Olimpik baru-baru ini, Pandelela juga sempat mendedahkan bahawa dia masih belum menggigit pingat tersebut yang kebiasaannya menjadi tradisi kepada atlet seluruh dunia.

Pandelela juga mengakui bahawa dia amat menyukai artis Korea, K-pop dan peminat tegar kumpulan Bing Bang. Suasana sembang tersebut menjadi semakin aneh apabila peminatnya mula bertanyakan soalan berbentuk peribadi.

Salah seorang peminatnya bertanya, sudikah Pandelela keluar temujanji dengannya dan menonton konsert Bing Bang di Kuala Lumpur, September ini tetapi dengan syarat mengenakan pakaian mandi yang dipakainya ketika menyertai acara terjun.

Pandelela mula mendapat perhatian yang luar biasa selepas pulang dari Olimpik apabila berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat 28 juta rakyat Malaysia dalam acara 10 meter platform. Dia merupakan personaliti kelima diberi peluang oleh Yahoo! Malaysia menyertai ruangan chat ini.

Kemuncak kegembiraan Pandelela, dia bakal diraikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.