ARKIB : 16/08/2012
Kelam tanpa Zhuliang?
KUALA LUMPUR - Masa depan sukan terjun Malaysia yang kini dilihat cerah selepas kejayaan Pandelela Rinong meraih pingat gangsa Sukan Olimpik, bagaimanapun dikhuatiri bertukar kelam andai ketua jurulatih, Yang Zhuliang meninggalkan skuad kebangsaan apabila kontraknya tamat, Oktober ini.
Jurulatih kelahiran China itu dikhabarkan mahu pulang ke Australia, negara yang memberi status penduduk tetap (PR) kepadanya, malah dia juga mempunyai banyak opsyen lain kerana diintai beberapa negara dari Eropah.
Satu-satunya cara untuk mengekalkan jurulatih berwibawa itu adalah dengan menawarkan kontrak yang mampu menariknya untuk terus membimbing Malaysia.
Sekarang, terpulang kepada Majlis Sukan Negara (MSN) sama ada sedia mengeluarkan tawaran besar untuk terus mengikat Zhuliang atau berdepan kenyataan kita bakal kehilangannya jurulatih yang telah membawa penerjun negara ke satu tahap yang cukup tinggi.
Malah, Pandelela, 19, sendiri antara penerjun yang merayu agar Zhuliang dikekalkan oleh Malaysia.
MSN sebelum ini juga pernah menyampaikan mesej kepada jurulatih itu "Buktikan dulu di Olimpik, baru bincang kemudian".
Mungkin, gangsa yang diraih terjun di London 2012 akan meyakinkan badan sukan kebangsaan itu untuk melabur lebih besar meneruskan kecemerlangan.
Zhuliang memainkan peranan penting, malah orang yang bertanggungjawab membawa sukan terjun Malaysia ke tahap menjadi kuasa No. 2 Asia selepas gergasi China.
Kewibawaan Zhuliang, 48, yang sebelum ini pernah meninggalkan skuad negara pada 2005 sebelum kembali empat tahun kemudian, tidak perlu dipersoalkan lagi.
Kehadirannya pada 2001 dilihat sebagai titik permulaan era baru pentas terjun ke bangsaan apabila Malaysia berjaya meraih tiga gangsa pada Sukan Asia Busan 2002.
Dua tahun kemudian, dia membimbing Bryan Nickson Lomas menjadi atlet termuda negara beraksi di Olimpik iaitu pada Temasya Athens 2004. Bryan kemudian mencipta sejarah muncul juara remaja du nia 3 meter papan anjal di Brazil.
Selepas berakhirnya Sukan SEA Manila 2005, Zhuliang meninggalkan Malaysia un tuk menerima tawaran menjadi PR Australia dan pada masa sama berkhidmat untuk Institut Sukan Australia dengan diberi peranan mengendalikan program pemba ngunan remaja.
Pada awal 2009, dia dipujuk kembali melatih Malaysia setelah penerjun-pener jun kita kurang menyerlah di Olimpik Beijing 2008.
Kepulangannya ke pangkuan pasukan negara membawa nafas baru kerana tidak lama kemudian, Pandelela-Leong Mun Yee membawa pulang pingat sulung dari Kejohanan Dunia di Rome, sebelum Malaysia terus cemerlang dalam dua temasya utama, Sukan Asia Guangzhou dan Sukan Komanwel New Delhi pada 2010.
Pada Piala Dunia FINA Mac lalu, Malaysia meraih 10 daripada maksimum 12 kuota Olimpik London, satu pencapaian yang memberangsangkan dan kini, impian pingat Olimpik telah dia realisasikan menerusi anak didik kesayangannya, Pandelela.
"Saya terbuka kepada segala tawaran termasuk lanjutan kontrak untuk kekal melatih skuad Malaysia tetapi saya tidak akan membuat apa-apa keputusan lagi, saya akan tunggu sehingga penghujung kontrak nanti," kata Zhuliang.
Jauh di sudut hati Zhuliang, dia sebenarnya berminat untuk terus membimbing Malaysia jika mendapat tawaran setimpal.
Tawaran 'setimpal' tidak bermakna hanya menjurus kepada aspek pendapatan lumayan tetapi juga sejauh mana kerajaan memberi sokongan kepada usaha menaiktaraf dan memperbaiki kemudahan terjun di Bukit Jalil.
Ini kerana jurulatih kelahiran China itu sering mengadu mengenai kerosakan kemudahan yang di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil.
Sebagai jurulatih, dia tentunya mahukan yang peralatan yang terbaik dan selamat untuk digunakan anak-anak buahnya.
Disebabkan kekurangan itu skuad terjun terpaksa kerap berlatih di China.
Hari ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan melawat pusat latihan tersebut, pasti sesuatu akan dilakukan untuk memastikan kecemerlangan Pandelela tidak terhenti.
Bookie tunjuk ‘samseng’
Johor DT pintas ATM di tangga kedua Liga Super
Selangor tamatkan badi seri
Jentera belum serasi masalah utama Zulfahmi
Nak tunggu kena cantas Vietnam?
BAM harus bertanggungjawab dimalukan dalam Piala Sudirman - Khairy
Perseorangan wanita kita sudah statik - Rashid
Sepak takraw: Elit kita kejutkan bekas tonggak Thai
Perlawanan JDT-Kelantan kecoh
Jerman cantas kita
Berani buat berani tanggung
Shahidan perlu buat keputusan
Woodball acara baharu Sukma
Sarawak ke saingan Liga Super
Nicol mara, Wee Wern kecundang
Piala Sudirman: Malaysia tersingkir
Pulis tinggalkan Stoke
Indonesia jumpa China lagi
Lawan Jerman tanpa Koo-Tan?
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










