VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 12/08/2012

Di sebalik nama Nonong, Pandelela

HARTINI Lamim, Pamg Joheng dan anak mereka, Parcelia Renyelia bangga melihat berita kejayaan Pandelela Rinong meraih gangsa Olimpik terpampang dalam akhbar Utusan Malaysia, semalam. - MINGGUAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KOTA SAMARAHAN - Si Lela yang pandai dan tenang. Demikian maksud tersirat di sebalik nama ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Nama itu unik dan jarang didengar. Menariknya, 'ketenangan' yang hadir membolehkan pemiliknya yang berusia 19 tahun menyerap segala tekanan sebelum melakar sejarah menghadiahkan sebutir pingat gangsa kepada negara pada Sukan Olimpik kali ini.

Ibunya, Hartini Lamim, 44, berkata, nama itu diilhamkannya sendiri sebaik sahaja anak kedua daripada empat beradik itu selamat dilahirkan di hospital.

"Mengikut loghat orang Sarawak, pande berasal daripada perkataan pandey iaitu pandai, manakala Rinong dalam bahasa Bidayuh bermaksud tenang," katanya ketika menerima kunjungan Utusan Malaysia di sini, semalam.

Hartini yang baru sahaja tiba di Sarawak tengah malam semalam berkata, dia berhadapan detik-detik mencemaskan sebelum melahirkan Pandelela.

"Semasa dalam perjalanan ke hospital, saya sudah mula rasa hendak bersalin dan risau akan melahirkan anak di dalam kereta. Namun, syukurlah anak itu seperti pandai dan tenang seolah-olah tidak mahu menyusahkan saya. Dia hanya keluar (dilahirkan) sebaik saya selamat tiba di hospital," katanya.

Bertandang ke London selama lima hari bermula 5 Ogos untuk menyaksikan acara terjun, Hartini mengakui terkilan kerana hanya sempat menonton anaknya beraksi pada peringkat saringan, selain sekadar berkomunikasi dengan Pandelela menerusi telefon bimbit.

Ini kerana katanya, tiket penerbangan balik ke Malaysia adalah pada 9 Ogos iaitu hari yang sama Pandelela beraksi di separuh akhir dan akhir.

"Di dalam pesawat, saya tidak dapat tidur. Saya tidak dapat menggunakan telefon, jadi, saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya risau kecederaan bahu kanan yang dialami Nonong (panggilan manja) sejak sebelum Olimpik, berulang dan menjejaskan persembahannya. Pendek kata, perjalanan pulang selama 13 jam itu amat menyeksakan," katanya.

Menurut Hartini, khabar gembira mengenai kejayaan Pandelela hanya diterima daripada suami, Pamg Joheng yang menelefonnya setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira pukul 7 malam semalam.

"Pada peringkat akhir, tekanan yang dialami sangat hebat. Syukur Nonong membuktikan dia pandai mengawal situasi dan tenang berhadapan dengannya," kata Hartini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.