ARKIB : 11/08/2012
16 Ogos tentu nasib Ghaddar
KUALA LUMPUR - Seperti diduga, perbicaraan melibatkan Mohammad Ghaddar yang sepatutnya berlangsung semalam ditunda kepada 16 Ogos ini selepas pemain import Kelantan itu gagal hadir membela diri.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak yang dalam masa sama berjanji akan cuba menyelesaikan kes tersebut sebelum bermula saingan Piala Malaysia, 22 Ogos ini.
''Selepas melihat pelbagai sudut, pihak kami memutuskan mendengar kes ini semula pada 16 Ogos, pukul 10 pagi memandangkan Ghaddar akan kembali ke sini pada 13 Ogos.
''Memang ada peruntukan di bawah 5.1.5 dan 5.1.6 yang membolehkan perbicaraan berlangsung tanpa kehadiran tertuduh tetapi setelah dikaji kami mahu memberi peluang kepada dia untuk hadir membela diri.
''Namun, apa jua berlaku, Jawatankuasa Tatatertib akan tetap menyelesaikan kes ini sebelum Piala Malaysia bermula, itu jaminan kami.
''Seandainya dia masih tidak dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada 16 Ogos, kami mungkin tiada pilihan lain iaitu dengan mengikut peraturan 5.1.5 dan 5.1.6 dan membuat keputusan tanpa kehadiran Ghaddar, " katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.
Jelasnya, tidak timbul isu menghina Jawatankuasa Tatatertib walaupun Ghaddar tidak hadir ke tarikh perbicaraan yang ditetapkan semalam kerana dia telah menghantar borang B sebelum ini untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.
''Dalam kes lain, mungkin ada isu menghina jawatankuasa tetapi dalam kes Ghaddar, dia telah mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi bukti pembelaan.
''Malahan, tidak timbul isu mengambil kesempatan di sini walaupun dia berstatus penyerang import kerana kehadiran dia cukup penting bagi tujuan membela diri, " katanya.
Jika didapati bersalah, penyerang import Kelantan itu akan mendapat hukuman yang sama dirasai oleh dua pemain Selangor, Mohd. Amri Yahyah dan Bunyamin Omar, itu jaminan daripada Jawatankuasa Tataertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ghaddar akan diadili mengikut kesalahan 2.4, kod tata etika FAM edisi 2012 iaitu membawa kepada hukuman gantung tiga perlawanan dan denda sebanyak RM 1,500.
Insiden antara Ghaddar dan Amri serta Bunyamin tercetus semasa perlawanan Liga Super antara kedua-dua pasukan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada 29 Jun lepas.
Semalam, pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim, meminta Jawatankuasa Tatatertib FAM menangguhkan perbicaraan kes Ghaddar selepas pemain Lebanon itu masih belum melaporkan diri akibat kematian bapa saudara.
Bookie tunjuk ‘samseng’
Johor DT pintas ATM di tangga kedua Liga Super
Selangor tamatkan badi seri
Jentera belum serasi masalah utama Zulfahmi
Nak tunggu kena cantas Vietnam?
BAM harus bertanggungjawab dimalukan dalam Piala Sudirman - Khairy
Perseorangan wanita kita sudah statik - Rashid
Sepak takraw: Elit kita kejutkan bekas tonggak Thai
Perlawanan JDT-Kelantan kecoh
Jerman cantas kita
Berani buat berani tanggung
Shahidan perlu buat keputusan
Woodball acara baharu Sukma
Sarawak ke saingan Liga Super
Nicol mara, Wee Wern kecundang
Piala Sudirman: Malaysia tersingkir
Pulis tinggalkan Stoke
Indonesia jumpa China lagi
Lawan Jerman tanpa Koo-Tan?
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










