ARKIB : 11/08/2012
Kejayaan diraih penuh emosi
KUALA LUMPUR - Kejayaan Pandelela Rinong merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 awal pagi tadi disambut dengan penuh emosi oleh jutaan rakyat Malaysia, yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah serta rasa bangga terhadap ratu terjun remaja itu.
Bukan hanya peminat, malah rakan-rakan atlet, pemimpin negara, ahli perniagaan serta artis antara yang berkongsi perasaan mereka menerusi rangkaian sosial Facebook dan Twitter.
Facebook dan Twitter milik atlet berusia 19 tahun itu, yang menggunakan nama akaun Lulu G-Dolphine dan Pandelela Rinong juga dihujani ratusan ucapan tahniah.
Malah, Twitter Pandelela, yang dibuka sejurus selepas kemenangannya berjaya menarik 954 pengikut hanya dalam tempoh empat jam. Rata-rata pengikutnya mahu berkongsi kegembiraan dan rasa bangga mereka terhadap kejayaan anak kelahiran Sarawak itu.
Salah seorang pengguna Facebook, Fadhil Helmi antara rakyat Malaysia yang mengucapkan tahniah, katanya: "Tahniah Pandelela :) terima kasih kerana sanggup memikul beban demi Malaysia tercinta... :)."
Fify H. Johari pula memberitahu: "Satu kemenangan tidak diduga. Terima kasih Lulu G-Dolphine kerana membawa pulang gangsa! Kami bangga dengan anda! Medal kedua buat negara! Anda kini sebahagian daripada sejarah Malaysia. Tahniah Pandelela Rinong."
Atlet skuasy negara, Ong Beng Hee turut menulis melalui laman Twitter miliknya dan berkata: "Saya akan membeli seluar renang dan cuba untuk sukan terjun pula! Saya mahu menjadi seperti Pandelela! Tahniah kepadanya! #gangsa."
Malah, kejayaan Pandelela juga menarik perhatian pemain skuasy No. 1 dunia, Datuk Nicol David. "Tahniah kepada atlet terjun Malaysia, Pandelela Rinong Pamg kerana merangkul gangsa! Satu pencapaian yang hebat!."
Seorang kenalan atlet itu dari Indonesia, Claratania Jasebell turut mengucapkan tahniah: "Tahniah kepada atlet terjun Malaysia, Pandelela. Ucapan tahniah dari Indonesia :) Anda berjaya melakukannya!."
Turut berkongsi kegembiraan adalah taikun penerbangan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes yang menulis melalui Twitter miliknya: "Sekarang kita ada seorang lagi hero. Gangsa untuk Pandelela. Medal pertama selain badminton. Luar biasa."
Penyanyi popular tanah air, Yuna Zarai pula menulis di Twitter: "Menyaksikan kemenangan Pandelela Rinong dalam acara terjun 10 meter platform dari langit. Tahniah! Wanita pertama Malaysia menang pingat di Olimpik!."
Revington beri reaksi positif
'Pengajaran' berguna di Slovakia
Wilayah Persekutuan bida Sukan Malaysia 2018
Hentikan sebarang komen velodrom - Zolkples
Pengalaman di Eropah banyak membantu - Nabil
Revington tarik balik
Pemain mahu jurulatih kembali ke padang
Khairy tegur tindakan Naim
Chong Wei simpan 'kuku' ke Kejohanan Dunia
Zulfahmi lega ke kancah utama
Revington tarik balik keputusan letak jawatan
Saya tak tahu apa-apa - Dharma
Zulfahmi kesembilan di Catalunya, Hafizh ke-18
Liga-M diswasta 2015
Rozabil ganti Shahidan
Penyokong harap Johor DT julang Piala FA
2,000 tiket final percuma untuk anak Johor
10,000 saksikan skuad Pulau Pinang julang Piala FAM
Chong Wei rangkul kejuaraan kelima
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











