ARKIB : 11/08/2012
Pandelela seru nama bapa
SAMARAHAN - Menyeru nama bapanya sebanyak tiga kali sebelum melakukan terjunan merupakan petua yang diamalkan ratu terjun negara, Pandelela Rinong, 19, untuk menyerap tekanan apabila beraksi pada kejohanan berprestij.
Bapanya, Pamg Joheng, 46, yang mendedahkan perkara itu berkata, petua sama turut diamalkan Pandelela ketika memenangi pingat gangsa acara 10 meter platform individu wanita pada Sukan Olimpik di London, semalam.
Jelasnya, sejurus mengharungi aksi separuh akhir, anaknya itu mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) mengadu dia amat letih dan hilang fokus kerana gagal memberikan terjunan terbaik.
"Menyedari dia memerlukan azimat, saya minta dia mengamalkan petua biasa untuk menyerap tekanan iaitu dengan menyeru nama saya sebanyak tiga kali.
"Ia satu pendekatan psikologi yang saya terapkan sejak dahulu lagi, supaya dia merasakan kehadiran saya di sisi sekali gus membangkitkan kekuatannya secara semula jadi," katanya.
Perbualan bersama Pamg di rumah sewanya di Taman Samarex, di sini, kerap kali terganggu kerana beliau tidak putus-putus menerima panggilan telefon daripada sanak saudara dan rakan-rakan yang mengucapkan tahniah atas kejayaan Pandelela.
Dalam pada itu, Pamg yang merupakan seorang buruh binaan menyifatkan beliau adalah bapa paling gembira di dunia hari ini kerana doanya dimakbulkan Tuhan apabila Pandelela melakar sejarah sebagai atlet wanita pertama menyumbang pingat Olimpik untuk negara.
Katanya, sepanjang persaingan Pandelela pada Sukan Olimpik di London, dia tidak putus-putus mendoakan kejayaan anaknya.
"Saya tidak menyangka dapat melihat bagaimana doa seorang bapa dimakbulkan, meskipun tempat ketiga tetapi pencapaian itu sangat membanggakan.
"Malah, saya masih belum tidur dari malam tadi kerana terlalu gembira meraikan kejayaan Pandelela," katanya.
Turut berkongsi kegembiraan ialah adik Pandelela, Pici Parnia, 14, yang menyifatkan impian kakaknya untuk mengutip pingat pada Sukan Olimpik menjadi kenyataan.
Katanya, kejayaan itu amat luar biasa bagi seorang gadis luar bandar yang menjalani kehidupan sederhana seperti kakaknya.
Rekod bukan lagi jaminan
Indonesia mudah jinakkan India
Anuar janjikan emas jika tersenarai
Wee Wern sasar suku akhir Terbuka Britain
Kriket: Kota Kinabalu bersedia tonjol keperkasaan
Kita bakal miliki velodrom tertutup
Taiwan malukan Malaysia
Keyakinan menjunam, Boon Heong rela digugur
Malang timpa Zulfahmi di Le Mans
Tanpa Lin Dan, tiada masalah!
KLHC terlalu kebal buat TNB
Sentuhan Ridzuan bawa tuah
Hodak kecewa prestasi Kelantan
Azlan, Zamri cemerlang di Sentul
Piala Sudirman: Taiwan aibkan Malaysia di Bukit Jalil
Zulfahmi gagal tambah mata, terjatuh di Le Mans
Keputusan badminton Piala Sudirman 2013
Liga Super: Ditewaskan NS, ATM gagal pintas Lions XII
N. Sembilan kejutkan ATM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










