VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 04/08/2012

Emas semakin hampir

Datuk Lee Chong Wei meraikan kejayaan ke perlawanan akhir acara badminton Sukan Olimpik setelah mengalahkan pemain China, Chen Long di Arena Wembley, London semalam.

LONDON - Kontinjen Malaysia sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega selepas Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tempat ke perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki di Arena Wembley, semalam sekali gus menjamin pingat perak dalam genggaman.

Kini Chong Wei hanya selangkah sahaja lagi untuk meraih pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan negara ke Sukan Olimpik.

Chong Wei akan bertarung pada penentuan emas Ahad ini menentang musuh ketatnya dari China, Lin Dan yang mengalahkan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-Il 21-12, 21-10 pada separuh akhir semalam.

Kemenangan 21-13, 21-14 ke atas pemain muda China, Chen Long itu turut meletakkan noktah terhadap teka -teki tentang tahap kecergasan jaguh negara itu selepas lebih dua bulan tanpa kejohanan kompetitif ekoran kecederaan buku lali semasa beraksi dalam Piala Thomas tahun ini.

Dalam tempoh 51 minit beraksi, Chong Wei jelas mendapat semula rentak permainan sebenarnya walaupun lawan dikenali dengan corak permainan pantas dan agresif.

‘‘Hari ini (semalam) saya hanya fikir untuk menamatkan saingan dia (Chen Long). Saya anggap ini sebagai perlawanan terakhir dan saya tampil memberikan yang terbaik.

‘‘Perancangan saya berkesan dan saya pun tidak sangka boleh beraksi dengan baik hari ini (semalam)," katanya Chong Wei.

Set pertama menyaksikan Chong Wei selesa mendahului 7-0 menyebabkan lawannya agak tertekan dan banyak melakukan kesilapan sehingga memberi mata mudah buat pemain negara.

Menurut Chong Wei, 11 mata pertama pada perlawanan tersebut sangat penting dan dia berjaya melakukan seperti apa yang dirancang oleh jurulatih sebelum perlawanan tersebut bermula.

‘‘Saya anggap 11 mata pertama amat penting kerana ia berjaya mematikan rentak Chen Long. Bukan mudah untuk menjinakkan dia (Chen Long) kerana dia seorang pemain yang agak tenang dalam gelanggang. Saya cuba bermain lebih tenang untuk mengawal permainan dan taktik tersebut cukup berkesan. Saya berjaya mematikan fokus dia sejak set pertama lagi," jelas Chong Wei.

Sementara itu, jurulatih perseorangan, Tey Seu Bock berkata, anak buahnya itu berjaya mengawal permainan seperti yang dirancang.

‘‘Kami mahu dia (Chong Wei) mempelbagaikan rentak permainan antara laju dan perlahan yang akhirnya berjaya memerangkap Chen Long yang agak keliru dengan corak permainan lawannya itu. Untuk perlawanan akhir nanti, Chong Wei akan diberi penekanan terhadap fokus permainan sepertimana yang dilakukannhya terhadap Chen Long," kata Seu Bock.

Dalam pada itu, ketua jurulatih, Rashid Sidek berkata, tumpuan selepas ini ialah mengasahkan lagi kemampuan Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Temasya Beijing 2008.

‘‘Dia hanya selangkah lagi dan kami mesti bekerja keras untuk memastikan dia semakin baik selepas ini. Saya percaya dia boleh melakukannya," kata Rashid yang juga pemenang pingat gangsa pada Sukan Olimpik Atlanta 1996. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.