ARKIB : 01/08/2012
Jentera serangan belum tajam
KUALA LUMPUR - Semua seakan sudah sempurna buat ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal selepas Malaysia mengharungi dua perlawanan persahabatan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), kecuali jentera serangan yang menimbulkan kebimbangan.
Selepas pertemuan dengan Arsenal, Selasa lalu dan juara EPL, Manchester City kelmarin, Rajagobal mengakui bahagian depan pasukannya adalah posisi yang harus dipertingkatkan menjelang Piala Suzuki AFF 2012, November depan.
"Secara keseluruhan pasukan kita bermain dengan baik saya dapat melihat peningkatan, untuk peringkat Asia Tenggara saya rasa ini sudah cukup bagus.
"Namun, jentera serangan harus dipertingkatkan lagi," katanya selepas perlawanan menentang City kelmarin.
Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang disaksikan 52,000 penonton itu, pasukan kebangsaan akur dengan kehebatan City yang mempamer corak permainan menarik apabila tewas 1-3.
Rajagobal menjelaskan, jentera serangan tidaklah terlalu merunsingkan selepas mereka berjaya mencipta beberapa peluang menarik terutama ketika bertemu Arsenal, tetapi ia belum cukup tajam untuk menghadapi kempen Piala AFF.
Dalam pertemuan dengan Arsenal, skuad Harimau Malaya memberi tentangan sengit sebelum tunduk 1-2.
Dalam perlawanan kelmarin, Rajagobal menggandingkan penyerang terbaik Malaysia, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha pada separuh masa pertama, namun aksi mereka kurang menyerlah dan digantikan oleh Ahmad Shakir Ali serta Azamuddin Mohd. Akil di babak kedua.
"Apa yang mahu saya tekankan di sini adalah mengharapkan mereka konsisten, memberi perhatian sepenuhnya dalam permainan tetapi secara keseluruhan saya gembira selepas kedua-dua perlawanan ini.
"Memang kita menjangkakan perlawanan dengan City adalah lebih sukar, terutama sekali selepas melihat mereka beraksi dalam perlawanan pra-musim yang lain sebelum tiba di Malaysia, keadaan fizikal dan kombinasi mereka memang cukup mantap," katanya.
Bekas pemain kebangsaan itu mengakui bahawa City menerapkan corak serangan menerusi gandingan penyerang Argentina, Carlos Tevez dan Sergio Aguero.
"Bahagian pertahanan mereka juga cukup kukuh walaupun hanya meletakkan tiga pertahanan.
"Saya cuba memanfaatkan kesempatan itu menerusi serangan balas tetapi tidak menjadi biarpun kita bermula baik di awal permainan," katanya.
Menurutnya lagi, dua gol awal pada aksi separuh masa kedua hasil jaringan Tevez dan Adam Johnson juga menyentap semangat pemainnya dan terpaksa melakukan pertukaran secara besar-besaran.
Berani buat berani tanggung
Shahidan perlu buat keputusan
Woodball acara baharu Sukma
Sarawak ke saingan Liga Super
Nicol mara, Wee Wern kecundang
Piala Sudirman: Malaysia tersingkir
Pulis tinggalkan Stoke
Indonesia jumpa China lagi
Lawan Jerman tanpa Koo-Tan?
Rekod bukan lagi jaminan
Indonesia mudah jinakkan India
Anuar janjikan emas jika tersenarai
Wee Wern sasar suku akhir Terbuka Britain
Kriket: Kota Kinabalu bersedia tonjol keperkasaan
Kita bakal miliki velodrom tertutup
Taiwan malukan Malaysia
Keyakinan menjunam, Boon Heong rela digugur
Malang timpa Zulfahmi di Le Mans
Tanpa Lin Dan, tiada masalah!
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










