VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 01/08/2012

Chong Wei berhempas pulas

Lee Chong Wei membalas hantaran pemain Finland, Ville Lang dalam perlawanan di Arena Wembely, London semalam.

LONDON - Tekanan hebat dan kurang keyakinan memaksa Datuk Lee Chong Wei diheret ke set penentuan sebelum menang pada aksi pertamanya dalam acara perseorangan lelaki selepas dua setengah bulan menyepikan diri tanpa kejohanan kompetitif di Arena Wembley di sini, semalam.

Chong Wei menang 21-8 dalam set pertama biarpun mempamerkan gaya perlahan sebelum tewas 14-21 tetapi bangkit semula dalam set penentuan 21-11 untuk mengatasi pemain Finland, Ville Lang.

''Saya berasa tertekan dan banyak buat kesalahan mudah. Saya tahu saya tidak bermain bagus pada malam ini (semalam) selepas dua setengah bulan tanpa kejohanan gara-gara kecederaan buku lali.

''Bukan mudah untuk saya kembali seperti sebelum ini selepas dua setengah bulan menjalani rawatan pemulihan.

''Saya akui saya perlu mencari semula rentak dahulu. Saya perlu tetapkan minda saya. Kekurangan ini menyebabkan saya tewas pada set kedua sebelum meningkatkan kelajuan permainan pada set ketiga," katanya selepas perlawanan semalam.

Chong Wei bermula baik pada set kedua, namun selepas beberapa kali bertukar servis, langkahnya tersekat pada kedudukan 14 mata sebelum Lang meninggalkan lawannya untuk kemenangan 21-14.

Pemain No. 2 dunia itu bagaimanapun mengubah rentak permainan pada set penentuan dengan hantaran-hantaran lebih kemas sebelum menamatkan permainan 21-11.

''Apabila saya memasuki set ketiga, saya kata saya mahu menang perlawanan ini. Saya terus mengajak dia bermain laju dan dia (Lang) sering kali terperangkap dengan hantaran ke belakang apabila smash yang dilakukannya sering tersangkut pada jaring," ujar Chong Wei.

Mengulas pertemuan selepas ini menentang pemain Indonesia, Simon Santoso, Chong Wei berkata, dia memiliki rekod baik menentang lawannya itu dan hanya kalah sekali.

''Saya mahu cuba menang. Kali terakhir saya kalahkan dia ialah pada Super Series. Apa yang saya mahu lakukan ialah menyediakan mental saya supaya kembali kuat.

''Saya berharap dapat bermain dengan baik dari satu perlawanan kepada satu perlawanan selepas ini.," katanya. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.