ARKIB : 25/07/2012
4 pemenang peraduan Olimpik TM ke London
KUALA LUMPUR - Ia ibarat mimpi menjadi nyata buat empat anak muda berusia 21 tahun, Mohd. Hafizuddin Nordin, Amir Helmy Yusof, Ahmad Faizal Basri serta Muhammad Safian Abdullah apabila menerima peluang sekali seumur hidup menyaksikan Sukan Olimpik secara langsung di kota London.
Jika selama ini mereka hanya menonton kejohanan menerusi televisyen, namun kali ini, Telekom Malaysia (TM) Berhad akan membawa empat anak bertuah bertuah ini merasai sendiri suasana temasya sukan terbesar dunia itu selepas mereka muncul pemenang peraduan 'Team Malaysia Be A Super Fan'.
Peraduan tersebut yang dilancarkan pada April 2011 dianjurkan dengan mengambil konsep asas media sosial, iaitu berkongsi. Rangkaian media sosial popular seperti Facebook, Twitter dan Youtube digunakan sebagai platform buat peserta menunjukkan sokongan terhadap atlet Malaysia yang akan bertanding di Olimpik.
Peserta akan berkongsi foto, video, komen serta 'like' dalam ketiga-tiga rangkaian sosial berkenaan. Bagi setiap aktiviti yang diselesaikan, mereka akan diberi markah dan peserta dengan markah tertinggi menerima hadiah utama percutian menonton Sukan Olimpik di London.
Trip sembilan hari, lapan malam itu ditanggung sepenuhnya oleh TM, malah sepanjang di sana semua pemenang bakal menyaksikan tujuh acara temasya, termasuk dua acara yang menjadi prospek pingat Malaysia iaitu badminton dan terjun.
Hafizuddin, Amir, Faizal dan Safian yang akan berlepas pada 28 Julai ini bagaimanapun akan diberi tugas khas sepanjang di London, berkongsi pengalaman mereka menyaksikan Sukan Olimpik bersama 200,000 pengikut laman sosial Facebook Team Malaysia.
"Pada ketika Malaysia akan menghantar kontinjen ke London untuk memburu pingat emas Malaysia, Team Malaysia (pasukan penyokong) pula akan menghantar pemenang peraduan untuk memberi sokongan kepada atlet yang mengambil bahagian dalam pelbagai sukan.
"Mereka berpeluang untuk menonton secara langsung tujuh acara pertandingan, termasuk badminton dan terjun,'' kata Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen TM di sini, semalam.
Bagi anak muda kelahiran Kajang, Safian, pemilihannya sebagai antara empat pemenang peraduan adalah sesuatu yang tidak pernah dibayangkan. "Saya langsung tidak pernah bermimpi akan pergi ke London untuk menonton Olimpik. Selama ini, saya adalah penyokong kuat (Datuk) Lee Chong Wei tetapi saya hanya tengok perlawanan di televisyen.
"Kali ini saya bukan saja dapat menyokong beliau di stadium secara langsung, malah saya juga akan memberi sokongan kepada semua atlet Malaysia yang lain, ia pengalaman yang sangat mengujakan. Terima kasih TM atas peluang sekali seumur hidup ini," kata Safian.
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Azammuddin selamatkan Pahang
T-Team rebah di kaki JDT
Sarawak kukuh teraju liga
Main guna otak - Rashid
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya
Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti - Khairy
Dollah cari formula jinakkan Lions
Thailand minat anjur Piala Dunia bersama Malaysia
Hilang tonggak punca tersingkir
6 pasukan dari 3 negara sertai Piala Futsal Red Bull
Pengalaman enam import mampu julang KLHC
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










