VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 24/07/2012

Azizulhasni kena lagi

Azizulhasni diberi rawatan selepas terjatuh ketika menyertai kejohanan di Koln, Jerman semalam.

KUALA LUMPUR - Tiga hari menjelang perasmian Sukan Olimpik 2012 London, kem basikal trek negara dikejutkan dengan kemalangan di atas trek yang dialami oleh jaguh keirin, Azizulhasni Awang di Koln, Jerman semalam.

Azizulhasni, antara prospek pingat pada Sukan Olimpik kali ini melalui detik cemas mengalami kemalangan yang hampir serupa ketika kaki kirinya tertusuk serpihan trek di Manchester Februari 2011.

Namun ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley pantas menjelaskan kecederaan semalam tidak seteruk tahun lalu.

Akibat kemalangan tersebut, pelumba yang mendapat jolokan The Pocketrocketman itu cedera paha, lengan dan bahu kanan.

Selain calar, beberapa serpihan kecil trek tercucuk di bahagian yang cedera, setelah dia terjatuh ketika menyertai pra perlumbaan acara pecut.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kecederaan Azizulhasni, Beasley berkata, secara amnya, tiada apa yang harus dibimbangkan mengenai anak didiknya itu.

"Kulitnya terkoyak pada bahagian kecederaan lazim yang dialami pelumba iaitu pada lengan, bahu dan paha," kata Beasley dalam kenyataan di akaun laman sosial Facebook semalam.

Pada Februari 2011, Azizulhasni melalui detik hitam apabila serpihan trek sepanjang 20 sentimeter tercucuk menembusi bahagian betis kaki kirinya, apabila dia terjatuh dalam saingan akhir keirin Siri Piala Dunia Klasik Manchester.

"Tidak ada apa yang merisaukan dan dalam beberapa hari sahaja lagi dia bersedia untuk beraksi.

"Prestasinya sangat baik dan sekarang ini dia cuba untuk kembali sembuh seperti biasa. Saya akan menulis laporan di lapangan terbang esok (hari ini) sebelum berlepas ke London.

"Kita dapat lihat bagaimana kenyataan Azizulhasni dalam video, keadaannya tidak membimbangkan.

"Malah dia meraih tempat keenam acara pecut hari ini (semalam) selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan pertama," katanya.

Selain gambar yang memaparkan kecederaan, pengendali dari Australia itu turut memuat turun video yang menyaksikan Azizulhasni memegang serpihan trek yang panjangnya hampir 10 sentimeter dan beberapa lagi serpihan kecil yang turut tertusuk di bahagian kiri badannya.

"Saya adalah seorang pengumpul serpihan trek, tidak akan ada lagi kemalangan selepas ini," jelas Azizulhasni dalam nada berseloroh dalam video tersebut sambil memegang serpihan trek yang telah dikeluarkan dari bahagian badannya.

Tambah Beasley, dia akan cuba mendapatkan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz sebaik sahaja tiba di London untuk memaklumkan keadaan Azizulhasni.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.